Idea Wanita Ini Untuk Buat BBQ ketika Pelancaran Roket Dapat Perhatian NASA?

Seorang wanita menjadi terkenal sekelip mata setelah memberi idea luar daripada kotak kepada pihak NASA”

Wanita yang dikenali sebagai Sarah itu dengan tidak sengaja memberi idea di ruang ‘Instastory’ milik akaunnya kepada pihak NASA agar mengadakan jamuan BBQ pada setiap kali pelancaran roket.

Sumber Foto: Instagram Sarahabulkhair

Menggunakan nama Sarah Abouelkhair, laman sosialnya itu telah mempunya pengikut tersendiri sekitar 45.8 ribu orang.

Sumber Foto: Instagram Sarahabulkhair

Itu gara-gara, idea ‘bernasnya’ mendapat maklumbalas daripada pihak NASA sendiri yang ‘teruja’ dengan cadangannnya itu. Pihak NASA berbesar hati untuk mengadakan pertemuan dengan Sarah sambil menikmati hidangan BBQ.

Sumber Foto: Instagram Sarahabulkhair

Bukan itu sahaja, selepas mendapat perhatian daripada pihak NASA, Sarah turut menjadi bintang ‘segera’ terkenal kerana disapa oleh bintang popular, diundang untuk berkerjasama bersama beberapa organisasi terkenal serta berpeluang muncul di beberapa rancangan televisyen seperti The Ellen Show.

Sumber Foto: Instagram Sarahabulkhair

Menarik bukan? Hanya kerana idea ‘jenaka’ tersebut Sarah berpeluang untuk berkolaborasi dengan banyak individu terkenal dan syarikat gergasi yang lain.

Sumber Foto: Instagram Sarahabulkhair

Sejauh mana kebenaran posting-posting ini tidaklah kami ketahui. Ada juga yang mengatakan posting ini direka hanya untuk tujuan tertentu. Tapi walau bagaimanapun, idea yang diberi agak ‘luar biasa’ kan?

Cubalah anda fikirkan satu idea yang menarik untuk organisasi yang besar, mana tahu ada rezeki anda. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.

 

Sumber: msn

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna