Idea ‘Mix & Match’ Baju Untuk Ke Open House

Nak pakai apa la pergi open house nanti..”

Inilah masalah terbesar perempuan kalau nak keluar pergi majlis. Walhal dalam almari tu berpuluh helai kain dengan baju tergantung kemas. Alasan sebab dah pernah pakai dan baju dah lama, aduh! Ingat awak tu mak Datin ke yang nak pakai baju sekali je? Entah-entah mak Datin pun pakai baju berulang tau sebab ada mesin basuh.Hiks!

Sekarang ni jangan pening-pening lagi sebab kami akan bantu anda mix and match kan baju mengikut warna dan corak yang sesuai dengan fesyen semasa bila nak pergi open house. Maklumlah hujung minggu je dalam bulan Syawal ni mesti banyak jemputan rumah terbukakan? Mestilah nak cantik dan nampak vogue!

via GIPHY

Antara pakaian yang anda boleh gabungkan adalah blouse yang bercorak atau bermanik, dipakaikan dengan kain sarung atau pario siap pasang. Kalau ikutkan gambar dekat bawah ni, satu warna je.

Untuk mengelakkan penampilan yang bosan, anda boleh padankan dengan tudung yang bercorak tapi pastikan warna tudung tak lari dengan warna baju yang dipadankan.

Blouse

Kalau penampilan yang di atas ni tudung bercorak. Yang ini, kain pula bercorak. Kalau tak ada kain bercorak, ambil je kain batik memandankan sekarang trend batik. Ha, ikat macam biasa lepas tu sarung dengan baju blouse. Siap!

Lagi sekali kami nak pesan, pastikan warna tapak tak lari dengan corak kain batik dan pastikan tak lebih dari 3 warna. Kalau banyak sangat warna, takut nampak serabut nanti.

Kebarung

Jarang zaman sekarang ni orang nak pakai kebarung sebab ketinggalan fesyen katanya. Rasanya, tak salah nak kembalikan zaman dulu asalkan kain warna dan corak kain tak kelihatan lusuh. Lihat contoh baju di bawah. Baju kurung lace dan kain bercorak. Simple dan menarik bukan?

Mudah saja nak mix and match kan? Silap-silap ada orang tegur baju baru ke? Padahal mix and match je apa yang ada dalam almari tu. Ini semua sumber inspirasi dari misslilyshop, gabungan antara kurung moden dan tradisional melayu. Warna jangan risaulah! Sekarangkan warna terang-terang. Kena berani bila berfesyen. Selamat melaram!

 

 

 

 

Sumber: instagram misslilyshop

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna