Idea Menghias Bilik Si Manja

Kehadiran orang baru dalam keluarga pastinya sangat di nanti-nantikan. Buat anda yang baru dikurniakan cahaya mata pasti banyak persiapan dilakukan bagi memberi yang terbaik untuk si manja. Persiapan bukan sahaja dari segi pakaian tau, anda juga perlu pastikan anak mendapat ruang yang selesa bagi pembesarannya.

Sumber: pexels

Bila menyentuh bab menyediakan ruang yang selesa untuk si manja tidur dengan lena, pasti para ibu kekeringan idea untuk menghias bilik mereka. Bukan senang tau nak hias bilik si manja untuk kelihatan ceria. Konsep hiasannya berbeza dengan konsep menghias rumah kita sendiri.

Iyalah, sebelum-sebelum ni hias rumah dengan cara millenial. Bila nak hias bili si manja, mesti rasa kekok. Tak akan lah nak hias bilik si manja cara milennial pulak kan, macam tak kena je! Jadi, Donna akan kongsikan bersama anda bagaimana cara nak deko satu ruang yang selesa dan sesuai untuk bayi.

Cozy

Sumber: amazon.com

Donna ingat lagi, masa kecil-kecil suka main pondok-pondok pakai selimut yang ditindan dengan bantal di antara sofa dekat ruang tamu. Begitu juga bayi dengan kanak-kanak sekarang ni, minat mereka sama je macam kita dulu. Oleh itu, deko bilik si manja ala-ala khemah yang dipenuhi dengan barang-barang si manja. Pasti mereka suka!

Pelangi

Sumber: HGTV

Kanak-kanak sukakan warna-warna yang terang sebab warna-warna ini dapat menarik perhatian mereka. Pilih warna yang ada di pelangi. Hias frame atau cat dinding menggunakan warna-warna terang. Pastikan kombinasi warna masuk ye! Jangan terlalu banyak warna pula, sakit pula nanti, ihiks!

Imaginasi

Kanak-kanak sukakan sesuatu yang pelik dan menarik kerana itu yang dapat menarik perhatian mereka. Oleh itu, deko bilik mereka dengan corak yang penuh dengan imaginasi. Contohnya, suasana seperti di dalam hutan, gambar-gambar di dinding dengan pelbagai corak atau kartun.

Ha,ini baru perkongsian sikit. Banyak lagi tip menarik akan Donna kongsikan nanti okay? Para ibu tak perlu susah-susah pening fikir katil nak letak mana, rak letak mana. Main dengan warna dan corak saja. Mudahkan? Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna