Idea Kreatif Sihat Dengan Hanya Berjalan Kaki

Aktiviti berjalan kaki nampak mudah tapi, tak ramai yang mampu melakukannya untuk kadar yang lama. Kadang tu, nak memanjat sepuluh anak tangga pun rasa beban. Hati-hati, ini bukan petanda sihat tau!

via GIPHY

Berjalan kaki sebenarnya dapat memberi impak yang sangat besar pada tubuh kita. Walaupun ada di antara anda rasa senaman berjalan kaki adalah senaman yang tidak memberi kesan untuk proses membakar lemak,  fikir semula! Ini kerana ia bukan saja membantu untuk kesihatan jantung malah, membantu mengelakkan tubuh dari terkena penyakit serius.

Ha, Donna ada beberapa cara yang efektif untuk kekal sihat dengan hanya dengan berjalan kaki. Antaranya…

Tambahkan berat

Mudah saja, beli pemberat tangan atau kaki di mana-mana kedai senaman. Pakaikan di bahagian lengan atau lengan kaki. Kemudian, buat kerja seharian seperti biasa. Serba sedikit, dapat mengurangkan berat badan anda.

Cabar diri anda

via GIPHY

Ketika berjalan seorang diri, cuba berjalan dengan pantas lebih kurang 2 minit, berjalan seperti biasa semula dan kalau anda mahukan sesuatu yang mencabar lagi, cuba berjalan di laluan yang memerlukan memanjat tangga atau laluan yang jauh.

Senaman tambahan

Jika anda mahukan keputusan pada seluruh badan, mungkin anda boleh lakukan skuad atau push-ups selepas bangun dari tidur atau sebelum masuk tidur. Mana tahu kot-kot anda rasa senaman berjalan ini tidak mencukupi.

Nampak tak yang sebenarnya setiap langkah yang anda lakukan akan membantu dalam kesihatan tubuh badan anda. Cuma kita perlu berfikir lebih kreatif untuk menjadikan ia lebih mudah. Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna