Idea Kreatif Masak Menggunakan Buah-buahan

Cuba check peti ais rumah anda, haa pasti ada buah-buahan yang belum dimakan dan akan rosak tidak lama lagi? Ruginya kalau buang, apa perlu anda lakukan dengan buah yang tak termakan tu? Donna ada caranya untuk memberi anda idea dan inspirasi untuk dibuat dengan lebihan buah yang ada. Jangan tunggu sampai buah tu busuk  nanti membazir.

Image result for buah dalam peti ais

Sumber : Cari Infonet

Siapa suka makan roti dengan jem? Tahu tak buah lebihan tu anda boleh jadikan sebagai bahan pencicah kepada satu hidangan yang bergoreng atau sapuan roti. Menarik bukan? Contohnya, jika mempunyai lebihan buah epal,anda boleh jadikan jem epal untuk kegunaan pada hari lain. Caranya mudah sahaja, hiris epal dan masukkan air dalam satu periuk. Kemudian tunggu sehingga epal lembut dan masukkan gula, untuk menambah rasa anda boleh masukkan limau atau lemon bergantung pada rasa masam yang anda mahukan. Setelah masak bahan tersebut letakkan jem tersebut dalam bekas kecil atau jar. Haa mudahkan, lepas ni tak perlu lagi beli jem untuk sarapan!

Related image

Sumber : Pinterest

Tak tahu nak buat dessert untuk minum petang atau makan malam? Pai buah-buahan amat sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut, tambah pula bagi anda yang mempunyai anak-anak dirumah. Ambil lebihan buah tidak kira apa jenis buah, dan jadikan sebagai inti pai. Potong dadu dan campurkan inti tersebut di atas kerak pai. Anda juga boleh letakkan hirisan pisang, buah peach atau pisang di atas permukaan pai untuk dijadikan lebih menarik.

Related image

Sumber : Taste of Home 

Kebiasaanya jika waktu petang pasti minum teh bersama pisang goreng. Tapi kali ini cuba anda buat kelainan dengan menggunakan lebihan buah yang ada. Di Jepun, terdapat hidangan gorengan yang dibuat daripada buah dan sayuran yang dikenali sebagai tempura moriawase. Apa yang anda perlukan adalah adunan tepung perlu ringan dan menggunakan air sejuk, barulah cripsy! Adunan akan menjadi basah jika buah terlalu banyak, jadi anda harus elakkanya. Antara buah yang boleh dijadikan sebagai tempura adalah pisang, nenas,plum dan aprikot.

Related image

Lepas ni pasti anda semua dah jadi kreatif. Jadi lah seorang pengguna yang bijak, elakkan pembaziran makanan. Lebihan buah yang ada tu gunakan sebaik mungkin. Cuba ye, semoga berjaya !

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna