Idea Hadiah Yang Menarik & Bermakna Sempena ‘Father’s Day’

Barang siapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barang siapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah..” – (Hadith Tuhfah al-Ahwazi)

Mungkin ada di antara pembaca kami mengatakan ayah mereka tidak layak untuk dihargai tapi kami ingin menegaskan, sejahat mana pun ayah anda, merekalah pintu syurga anda. Percayalah, selain dari ibu, insan kedua yang paling bahagia saat kita selamat dilahirkan adalah ayah.

16 Jun hari Ahad ini seluruh dunia akan menyambut Hari Bapa sebagai penghormatan dan peringatan mereka yang menjadi tulang belakang dalam keluarga kita selama ini. Sebagai anak, tak salah berikan sesuatu kepada mereka untuk menghargai pengorbanan mereka.

Mungkin sesetengah anda tak ada sebarang idea nak berikan pada mereka kan? Jangan risau, kami akan senaraikan beberapa jenis hadiah yang sesuai untuk insan yang bergelar ayah. Antaranya…

Urutan badan

Hantar je mereka dekat mana-mana spa khas untuk lelaki yang memberikan servis mengurut seluruh badan. Barulah segar sikit badan mereka selepas berpuluh-puluh tahun mencari duit membesarkan anda.

via GIPHY

Pakaian

Kalau dulu ayah belikan anda baju baru setiap kali keluar di pusat membeli-belah, apa kata kali ini anda pula belikan mereka baju baru. Alang-alang tu, beli terus baju, seluar, seluar dalam atau stokin yang baru.

Minyak wangi

Walaupun kaum lelaki jarang menitik berat tentang barang wangian tapi, mereka pasti ada satu minyak wangi kegemaran mereka. Jadi, tak salah kalau Hari Bapa kali ni, belikan mereka minyak wangi untuk mereka.

via GIPHY

Dompet atau Money Clip

Kalau dompet ayah kelihatan sudah lusuh, tak perlu fikir panjang. Belikan je dompet yang baru tapi kalau dompet dia masih lagi dalam keadaan baik, belikan mereka money clip untuk kegunaan harian. Baru ayah nampak hipster!

via GIPHY

Kehadiran kita bagaikan penghibur, seri dan semangatnya dikala drinya merasa penat dengan semua pekerjaannya. Malah, dalam diam dia mengambil berat tentang diri kita dengan bertanya pada isterinya. Hargailah saat ayah masih ada. Selamat Hari Bapa!

Artikel berkaitan:

Jarang Ada Anak Nak Teman Ibu Bapa Berusia Temujanji Doktor

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna