Idea Beli Gincu Idaman Hati Yang Serasi Dengan Diri

Gincu bibir adalah alat solekan asas yang perlu ada pada diri setiap wanita.”

Gincu bukan sekadar untuk menaikkan seri keseluruhan wajah, tetapi sebagai produk yang membantu menonjolkan atau melindungi bahagian bibir individu.

via GIPHY

Apa jua warna dan jenis yang anda suka dapatkan panduan terlebih dahulu sebelum membelinya atau minta bantuan jurusolek untuk mencuba beberapa warna yang sesuai dengan bibir anda.

Sumber Foto: pexels.com

Sebelum membeli gincu, lihat warna kulit anda. Warna merah tua dan terang amat sempurna untuk mereka yang berkulit gelap, sementara warna-warna perang lembut, atau warna merah jambu sesuai dengan mereka yang mempunyai ton kulit cerah. Kulit sawa matang sesuai dengan warna-warna merah keperangan dan perang muda.

via GIPHY

Namun begitu, anda juga boleh melihat melalui saiz bibir anda. Jika memiliki bibir nipis daripada biasa, anda disarankan memilih warna-warna lembut dan bukan gelap kerana warna gelap menyebabkan bibir kelihatan kecil. Sebaliknya warna terang yang berkilauan boleh menyebabkan bibir kelihatan penuh dan besar.

via GIPHY

Sekiranya warna yang dicuba tidak memuaskan hati, hasilkan warna anda sendiri dengan menggabungkan beberapa warna. Cara paling senang untuk melakukannya ialah dengan menyapukan setiap warna dengan menggunakan dan mencampurkannya menggunakan berus bibir.

via GIPHY

Ketika mencuba gincu dengan warna-warna terbaru, pastikan anda tidak mengenakan terus daripada sample gincu kerana ia telah digunakan oleh pelanggan terdahulu. Sekiranya perlu, cuba di pergelangan tangan anda.

via GIPHY

Satu lagi alternatif ialah mencubanya di tapak tangan dan bukan di sisi, kerana ia lebih mirip warna sebenar bibir. Ini juga akan menunjukkan tekstur gincu tersebut sama ada ia sangat nipis, matte sepenuhnya, berkilau dan sebagainya.

via GIPHY

 

Tip!

Gincu yang mengandungi perlindung sinar ultra lembayung UVA dan UVB adalah yang terbaik. Sekiranya gincu tersebut tidak mempunyai perlindungan matahari, pastikan anda menyapukan krim perlindungan sebelum mengenakan gincu.

 

 

 

 

Sumber: dwangishoppe.com idwikihow

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna