“Ibu Mengandung Perlu Tahu Apa Itu GBS” – Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita

GBS? Singkatan daripada cerita Geng Bas Sekolah ke?”

Salah! GBS dalam term sains adalah Group B Streptococcus yang merupakan sejenis kuman atau bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum (tempat simpan najis sebelum dikeluarkan) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%).

Dalam penjelasan yang lebih mudah difahami, ia adalah  sejenis penyakit yang boleh dijangkiti dalam kalangan bayi ketika proses bersalin berlaku dan amat jarang ketika kehamilan atau sekiranya proses bersalin belum bermula. 

Sumber: twitter

Pernah ambil tahu tak perihal ini? Ha, mesti tak kan? Sebab itu lah kali ini kami akan terangkan kepada anda apa itu GBS supaya dapat memberi kesedaran kepada para ibu yang bakal bersalin atau bakal mengandung. Kepada yang sudah tahu, baguslah. 

Menurut penjelasan daripada seorang Pegawai Perubahan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat,  si ibu yang ada GBS tidak akan menunjukkan sebarang simptom tapi boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari faraj atau rektum atau ujian air kencing.

Beliau turut menerangkan melalui akaun twitter miliknya di mana para doktor tidak akan meminta semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan GBS pada ketika ini kerana….

Apa kesan kepada bayi jika terkena jangkitan GBS?

Soalan lazim yang ada dalam fikiran anda mesti apa kesan bakteria GBS kepada bayi bukan? Kesannya adalah…

  1. Menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal. Kira-kira 1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection).
  2. Bayi mengalami jangkitan kuman teruk (sepsis), jangkitan pada peparu (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis).

“Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi tapi dengan rawatan segera dan optimum, kebanyakan bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 (5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang,” ulasnya.

Untuk pengetahuan para ibu lagi, jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya…

  1. Bayi pramatang dimana lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya.
  2. Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS.
  3. Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin.
  4. Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu ada GBS dari air kencing atau sample faraj.
  5. Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan.

Bagaimana mengurangkan risiko GBS?

Jangan risau, jangkitan GBS boleh dicegah jika anda mengikut arahan doktor dengan betul.

Nota ringkas dari Dr Izzat…

Beliau turut menambah, ibu yang ada GBS, para doktor tidak beri antibiotik sebelum proses bersalin bermula kerana tindakan ini tidak akan mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tapi, para doktor akan memberi rawatan antibiotik ketika para ibu hendak melahirkan bayi. Ini kerana ia dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.

“Kalau anda sudah ada tarikh kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda tak perlu antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Ini kerana semasa membuat pembedahan caesarean, semua ibu akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan bermula bagi mengurangkan risiko daripada dijangkitan pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan,”

Sumber: babycentre

Perlu diingatkan, pastikan para ibu memberitahu doktor jika anda ada alahan pada sesetengah ubat kerana kemungkinan besar ubat yang anda alah itu adalah ubat antibiotik yang akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan GBS.

Jadi, kepada semua para wanita tak kira sama ada anda bakal bersalin mahupun belum mengandung haruslah ambil tahu tentang GBS ini. Nampak je remeh tapi, ia beri impak besar pada kesihatan bayi. Jaga kesihatan ye!

Untuk artikel menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Doktor Ini Menjelaskan Kesahihan Khasiat Makan Ikan Haruan Lepas Bersalin

Doktor Ini Tegur Mereka Yang Pandai-Pandai Letak Ubat Gigi Pada Kulit Melecur..Awas!

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna