Ibu Kena Guna Cara Kreatif Ini Untuk Ajar Anak Makan Sayur!

Tak semua ibu ayah ada anak yang rajin makan sayur. Kebanyakannya memang liat betul nak makan sayur. Yelah, pahit semacam. Kalau bagi coklat laju pula dia telan. Itulah cabaran kita nak pastikan anak ada nutrisi pembesaran yang sempurna.

Jadi, sebagai ibu bapa kita kenalah lebih kreatif untuk memujuk mereka menikmati sayuran. Antara sayuran yang selalu dibenci anak-anak ialah brokoli, saderi, kobis, taugeh dan bayam.

BACA: Viral! Anda Juga Boleh Cuba Resepi Dalgona Coffee Sepanjang Duduk Rumah

Pakar nutrisi dan penulis buku makanan bernama Michelle Tchea ada berkongsi beberapa tips macam mana nak lebih kreatif dalam menyediakan sayur-sayuran untuk makanan anak anda.

via GIPHY

Brokoli

Ini adalah sayuran yang sangat terkenal kerana mengandungi banyak vitamin, mineral dan serat. Ia sangat baik untuk sistem pencernaan anak. Vitamin di dalam sayur ini juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Cara nak bagi anak makan brokoli pula ialah semasa masak pasta makaroni, apa kata anda tambah brokoli di dalam hidangan itu. Anda juga boleh menambah hirisan brokoli dalam sup ayam. Kalau tak jalan juga, anda boleh ajak anak  potong brokoli dan ajar mereka bahawa sayuran itu ialah ‘pokok’ di dalam menu mereka.

Sumber: cloudinary.com

Saderi

Ia adalah sayuran yaang diperkaya dengan sumber vitamin, mineral dan antioksidan. Ia juga boleh memperkuat sistem pertahanan tubuh dan membantu dalam masalah pencernaan.

Cara nak bagi anak anda makan saderi ialah anda boleh potong dan letak di dalam sayur atau tumiskan ia bersama bawang bombay. Boleh juga anda buat sebagai jus dengan campuran epal untuk diminum setiap pagi. Ingat tau, saderi adalah sayuran yang cepat rosak, jadi anda kena beli dalam keadaan segar.

Sumber: i.ytimg.com

Kobis

Kalau anda kukus, bau sayuran ini memang tak berapa nak sedap. Jadi apa kata anda panaskan dalam oven sehingga ia menjadi panas dan rangup seakan-akan kerepek.  Anda juga boleh menumisnya dengan daging cincang atau potongan daging ayam. Nak manis sikit, tambah sikit nenas.

BACA: Gerenti Licin Pinggan! Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku

Taugeh

Walaupun sayuran ini kecil namun ia mengandungi vitamin K dan C yang mengatasi pembekuan darah. Anda boleh tambah taugeh di dalam soto atau bakso. Semasa menghias sandwich atau nasi, jadikan ianya sebagai ‘rambut’.

Bayam

Ada banyak alasan untuk menikmati sayur ini antaranya sebab vitamin A, C, serat dan kalsium. Walaupun ia tidak kaya kalsium macam produk susu, tapi ia juga membantu untuk memberikan tulang yang kuat kepada si manja.

Anda boleh menjadi lebih kreatif dengan membuat smoothies dan atau ais krim bayam. Blander bayam, air kelapa, nenas dan tuangkan acuan untuk dibekukan. Sama juga macam kobis, anda boleh jadikan ia kerepek.

Jika kita lebih kreatif, usaha kita pasti berhasil. Anak-anak kita dengan sendirinya akan jatuh cinta dengan sayuran dan tak perlulah kita membebel panjang untuk buat mereka telan sayur-sayuran. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna