Ibu Jalin Hubungan Dengan Suami Orang Punca Anak Mati Sadis!

Zaman sekarang ni, kalau tidak berjaga-jaga buruk padahnya. Macam-macam kes penderaan kanak-kanak timbul sehingga menyebabkan kematian. Baru-baru ini ada lagi kes seumpamanya berlaku dan ia sungguh menyedihkan.

Mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tragis, dipercayai dibunuh lebih dua minggu lalu, sebelum dibuang di Jalan Gunung Raya.

Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, dipercayai dibunuh sepasang suami isteri berusia 37 dan 40 tahun pada 16 Februari lalu, namun kehilangannya hanya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, Sabtu lalu.

Rosmaliah yang juga warga Indonesia menyedari anaknya hilang selepas gagal menemui pasangan suami isteri itu di kediaman mereka di Kuarters Kakitangan Hospital Langkawi, sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Kuah pada tengah malam, Ahad lalu.

Mayat Nur Aisyah Aleya Ditemui Di Gunung Raya

#Jenayah Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3 yang sebelum ini dilaporkan hilang.Mayat mangsa ditemui di Gunung Raya, Langkawi selepas suspek yang ditahan menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.Suspek yang juga pasangan suami isteri itu telah ditahan oleh polis di Ampang Selangor, semalam.

Posted by Berita TV9 on Selasa, 5 Mac 2019

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu restoran di Padang Mat Sirat itu, meninggalkan anaknya untuk dijaga pasangan suami isteri itu kerana dia pernah tinggal bersama mereka sebelum ini.

Berikutan itu, polis kemudian bertindak mengesan pasangan suami isteri berkenaan sebelum mereka dikesan bersembunyi di Ampang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kemudian menahan pasangan suami isteri itu di Taman Melati, Ampang pada jam 4 petang semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan yang dilakukan, suspek lelaki membawa polis ke satu lokasi di Jalan Gunung Raya, Langkawi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang pada jam 11 pagi tadi.

“Hasil bantuan Unit Anjing Pengesan K9 dan anggota Unit Forensik Polis, pasukan penyiasat kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan tinggal cebisan rambut dan tengkorak.

“Cebisan mayat itu ditemui dalam gaung curam setinggi kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

 

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh baca di Berita Harini dengan klik di sini.

 

 

 

 

 

Sumber: BH

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna