Ibu Ini Diserang Netizen Kerana Sempat Berfacebook Ketika Bayi Terminum Pewangi Kereta

Sebagai ibu bapa yang normal, jika anak mengalami masalah kesihatan atau kecemasan, mereka pasti akan terus bergegas untuk mendapatkan rawatan sempurna.”

Berlainan pula dengan seorang ibu ini. Dia sempat meninggalkan persoalan di sebuah portal laman sosial untuk meminta pandangan samada perlu menghantar anaknya ke hospital atau tidak setelah mendapati bayinya terminum pewangi kereta. Mungkin ibu ini panik dan tidak tahu dengan siapa dia boleh dapatkan pertolongan lalu mendapatkan ‘pertolongan’ dengan cara tidak sepatutnya.

Sumber: 123rf

Namun sebaliknya, persoalan yang ditinggalkan si ibu mendapat kecaman daripada netizen. Komen-komen yang dibalas pengikut portal terbabit rata-ratanya sangat pedas dan memarahi si ibu. Ini kerana dalam keadaan kecemasan, wanita tersebut sempat untuk melayari laman sosial daripada mendapatkan rawatan dengan segera.

Sumber: community

Ada juga segelintir komen masih membantu ibu tersebut dengan memberi pendapat bahawa dia perlu segera beri bayinya minum air kelapa.

Ini antara komen-komen yang ditinggalkan netizen kepada ibu bayi tersebut.

Semoga bayi malang yang terminum pewangi kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Untuk ibu bapa di luar sana, pastikan tahap keselamatan anak anda adalah paling utama dan sentiasa dalam perhatian anda. Jika ada sebarang masalah yang memerlukan bantuan  kecemasan terus rujuk ke klinik atau hospital yang terdekat ok!

 

Sumber: FB KRT

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna