Ibu Ini Amalkan ‘Paleo Diet’ Untuk Bayi, Hasilnya Pasti Buat Anda Terkejut!

Apa itu Paleo diet? Haa mesti anda tak pernah dengar atau mungkin anda hanya tahu menerusi rancangan televisyen tentang pengamalan paleo diet yang dikategorikan sebagai ‘diet pemangsa’ dan diet ini sering diamalkan oleh manusia di zaman batu, iaitu zaman Paleolitik. Shannon Copper, seorang jurulatih senaman dan kesihatan dari Australia yang mengamalkan diet tersebut kepada bayinya iaitu Grace, mendapat tentangan daripada masyarakat.

Baca:

Awas! Bahaya Beri Bayi Minum Air Masak

Shannon sering mengamalkan konsep ‘you are what you eat’, secara amnya paleo diet adalah pemotongan pengambilan gula, karbohidrat dan makanan yang diproses dan diawet. Pada tahun 2015, Shannon sering ditanya oleh pakar perubatan tentang kekurangan dan kelemahan yang akan berlaku apabila mengamalkan paleo diet kerana takut perkembangan bayi terjejas.

Image result for paleo for baby

Sumber: babygrace

Untuk permulaan, Shannon akan memastikan bahawa Grace dapat menyusu secukupnya. Selepas itu, perkenalkan sayuran dan ayam organik dalam pinggan yang kecil semasa dia masih menyusu agar bayi dapat mengenali  makanan baru dengan mudah. Paling terbaik bagi Shannon adalah apabila seorang ibu dapat membuat makanan bayi sendiri tanpa meletakkan sebarang gula atau bahan pengawet.

Image result for baby food

Sumber: cbc

Paling mengejutkan selepas 13 bulan, Grace adalah bayi paling sihat berbanding si kecil yang lain. Walaupun Shannon mendapat kecaman dan kritikan daripada netizen yang mengatakan bahawa bayinya tidak dapat nutrisi yang secukupnya tetapi gambar Grace telah menunjukkan bahawa diet tersebut sangat membantu tumbesaran bayinya. Bukan itu sahaja, dalam setahun Grace hanya sekali sahaja akan mengalami sakit iaitu hanya demam dan selsema akibat cuaca sejuk.

Image result for grace paleo diet

Sumber: providr

Walau apa pun, setiap ibu pasti mempunyai cara yang tersendiri dalam menjaga dan membesarkan anak. Apa yang paling penting pastikan anda memberi makanan dan diet yang sesuai untuk bayi.  Untuk lebih lanjut tentang paleo diet anda boleh dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sama ada bayi anda sesuai mahupun tidak. Donna harap perkongsian ini dapat membantu buat para si ibu dan si manja anda!

 

Sumber: hooch

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna