Ibu Harus Waspada Bila Anak Sukar Bezakan Warna!

Buta warna merupakan gangguan atau masalah yang diturunkan daripada gen ibu bapa kepada anak. Jadi jangan terburu-buru untuk menyalahkan anak jika mereka tidak mengenali warna tersebut dengan betul. Jom Donna kongsikan petanda anak yang mengalami buta warna.

Related image

Sumber: learning

Secara umumnya, anak akan dapat membezakan warna sejak umur 18 bulan, tetapi ada juga sebahagian di mana anak mengenali dan membandingkan warna pada umur 36 bulan. Mungkin anda sebagai ibu bapa akan mula berasa risau dan cemas apabila anak tidak dapat meneka warna dengan betul. Untuk mengetahuinya, sebanyak 99 peratus individu yang mengalami buta warna akan mengalami kelemahan pada warna merah dan hijau. Sebagai contoh anak anda akan mengalami kesukaran untuk membezakan di antara warna merah dan juga biru.

Image result for kids play color

Sumber: Real Kids

Apabila anak mempunyai kesulitan atau masalah apabila melihat warna dan kecerahan warna itu adalah salah satu tanda gejala buta warna walaupun warna tersebut adalah warna biasa sahaja. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu mengenali saat anak anda tidak dapat membezakan antara warna yang seakan sama. Kesukaran untuk mengingat jenis warna juga adalah petanda awal anak anda mungkin mengalami buta warna.

Related image

Sumber: 30seconds

Jangan risau! Tidak semua anak yang mengalami kesulitan untuk membezakan warna adalah buta warna. Ambil langkah untuk mendapatkan ujian dan nasihat daripada pakar untuk mengetahui sama ada si kecil anda mengalaminya atau tidak.

 

 

 

 

Sumber: healthdetik

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna