Ibu Bapa Perlu Terap Sikap Sopan Ini Pada Si Kecil

Ish! Cakap banyak kali tak nak dengar. Bertuah punya anak”

Itulah rungutan cliche dalam kalangan para ibu bapa bila anak mereka tidak mendengar kata. Lebih-lebih lagi bila tak ada sikap sopan dan hormat bila berhadapan dengan orang yang lebih tua alahai malunya mommy! Bukan apa, nanti orang mesti salahkan kita sebab tak tahu mengajar anak.

Sebaiknya, apabila mereka sudah mencapai usia setahun lebih nak masuk dua tahun tu, kita dah boleh mula mengajar mereka sikap bersopan-santun dengan orang. Antara sikap yang kita patut terap pada mereka adalah…

via GIPHY

Jangan mencelah bila orang tua sedang bercakap

Selalu tak lihat ada kalangan budak-budak sibuk panggil si ibu yang sedang rancak bersembang dengan rakannya? Mesti pernahkan? Jangan biasakan sikap ini kerana ia sangat tidak menghormati perbualan orang yang lebih tua.

Lagipun, peraturan dalam berkomunikasi, biarkan individu tersebut menghabiskan perbualan mereka, barulah kita boleh mencelah, itu pun kena ada cara yang betul. Misalnya, dimulakan dengan ayat “Maaf menganggu”.

Lihatlah cara pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendidik putera sulungnya, Yusuf Iskandar untuk tidak mencelah jika mereka sedang berbual.

Say “Please…”

Bukankah lebih sopan apabila bila kita ingin meminta sesuatu atau ingin meminta pertolongan seseorang dimulakan dengan “Tolong” atau “Please“? Nampak je benda kecil tapi percayalah ia memberi kesan besar.

Jadi, terapkanlah pada si manja sejak dari kecil lagi. Tengoklah video anak kepada penyanyi hebat kita, Dato’ Seri Siti Nur Haliza, kecil lagi dah pandai meminta dengan cara sopan. Barulah nampak kita berjaya mendidik anak.

Bersalaman

Kalau mengunjungi atau terserempak dengan orang di mana-mana, perkara bertama mesti menyapa dan bersalaman. Bukankah lebih bagus kalau si manja pun turut bersalaman dengan rakan kita? Nampak penuh sopan dan terdidik.

Cara nak mulakan adalah bila berjumpa dengan orang cuba cakap “Salam” dengan nada lembut sambil bantu si manja menghulur tangan. Mungkin pada awalnya mereka enggan, waktu tu jangan paksa kerana nak mendidik ni kecil kena ambil masa. Cuma pastikan sentiasa lakukan untuk jadikan kebiasaan.

Sumber: carian google

“Thank you..”

Dua perkataan yang tak mungkin kanak-kanak tahu untuk ungkapkan tapi ingat! Mereka ini seperti kain putih, kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan mereka. Cuba praktikkan segala apa yang diterima daripada orang tidak kira barang atau pertolongan, ajar mereka untuk katakan “Terima kasih” atau “Thank you”.

Melentur buluh biarlah dari rebung, betul tak? Jangan ingat si manja tak faham kerana sebenarnya fasa inilah sikap mereka mudah untuk dibentuk. Semoga para ibu bapa berjaya mendidik anak menjadi insan yang penuh dengan sopan dan soleh.

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik senarai berikut: Senaman Yoga Bukan Untuk Orang Dewasa Je, Kanak-Kanak Pun Ada , Hidang Makan Malam Mudah Dengan Udang Cajun

 

 

 

 

 

 

Sumber: Parents

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna