Hubungan Seks Makin Sendu. Ransang Kembali Pasangan Anda!

Seks sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan, bukannya satu tugas.”

Sudah menjadi perkara biasa dalam hubungan pasangan hari ini apabila umur semakin meningkat, naluri seksual atau keinginan untuk melakukan hubungan intim juga seperti mati dan suram terutama bagi kaum wanita. Kadangkala langsung tiada hati untuk melibatkan diri dalam hubungan seks, lagikan ingin berfantasi apa jua yang dapat menaikkan nafsu. Semakin lama umur hubungan anda, seharusnya aktiviti keintiman juga perlu lebih hangat dek pelbagai pengalaman yang anda berdua miliki. Sebenarnya benda boleh jadi mudah jika anda dan pasangan mampu untuk meluahkan dan berbicara secara berdepan apa yang tidak kena dengan hubungan kelamin kalian. Ramai yang masih risau jika pasangan tersinggung lebih-lebih lagi jika anak-anak sudah menginjak dewasa. Buang tabiat pula nanti katanya untuk bercerita perihal hubungan kelamin. Seks sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan, bukannya satu tugas. Oleh yang demikian, perbaiki segera kerana perkara ini boleh menimbulkan masalah kepada hubungan. Buat anda yang mengalami masalah daya seksual perlu diberi kesedaran dan perlu usaha mengatasinya. Jika ia berkaitan dengan masalah kesihatan, segera dapatkan rawatan selanjutnya.

 

PUNCA NAFSU SEKS WANITA BERKURANGAN

Sumber Foto: babycanter.com

Selidik sebaik mungkin sebelum membuat keputusan sendiri kenapa nafsu seks pasangan anda semakin berkurangan. Banyak perkara yang mengganggu sebenarnya terutama wanita. Antara punca wanita mengalami masalah kurang daya seksual dalam keadaan tertentu termasuklah:

  • Mengalami tekanan atau kemurungan dan pada bila-bila masa apabila perasaan dan emosi mereka terganggu.
  • Kekurangan waktu tidur juga dikatakan akan menjejaskan nafsu wanita.
  • Terlampau letih dan kepenatan.
  • Makan terlalu banyak bahan kimia. Ia memberi kesan kepada hormon wanita, khususnya estrogen dan testosteron.
  • Wanita yang mengambil preskripsi ubat-ubatan mampu mengubah pelbagai tahap hormon. Ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan yang kronik atau pil kawalan kelahiran akan mengurangkan nafsu sekaligus untuk wanita mengalami orgasme.
  • Semasa mengandung.
  • Selepas melahirkan anak.
  • Dalam tempoh menyusu anak.
  • Semasa menopaus.

 

9 CARA RANSANG PASANGAN ANDA!

Sumber Foto: babycanter.com

  • Dengan sentuhan ‘gatal’ boleh jadi sangat menyeronokkan sehingga anda berdua bersedia untuk mengadakan hubungan intim semula setelah sekian lama sendu.
  • Bantu pasangan selesaikan kerja rumah dengan pantas, kemudian minta ‘upah’ daripada pasangan dengan senyuman yang paling manis.
  • Suasana di kamar perlu tenang, pastikan setiap minit yang digunakan memberikan manfaat yang besar kepada diri anda berdua.
  • Hadkan hari-hari tertentu untuk bermesra. Tak guna juga jika lakukannya setiap hari tetapi tidak menyeronokkan. Seks seharusnya menyeronokkan. Bukannya rutin harian yang membosankan pasangan!
  • Gunakan waktu lewat malam ketika anda menghabiskan masa berdua menonton televisyen sehingga lewat malam. Tonton filem yang romantik dapat membantu mood anda.
  • Tidak salah untuk anda kembali berpakaian seksi dan bergincu merah. Apa salahnya pakejkan sekali dengan sepasang sepatu tinggi.
  • Cuba cari masa untuk mandi bersama. Sampai sahaja di rumah seusai pulang bekerja, tarik dan rangkul si dia ke kamar mandi. Mustahil untuk pasangan menolak.
  • Hantar mesej sedikit berbau lucah kepada pasangan. ‘Hint’ bahawa anda inginkannya.
  • Jika pasangan mengalami stres atau keletihan, beri sedikit urutan terlebih dahulu. Biar si dia rasa tenang dan selesa, kemudian baru ke aksi seterusnya.

 

 

Sumber: wikihow

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna