Hubungan Makin Hambar, Tawan Semula Hati Pasangan Anda Dengan Cara Ini

Dulu bercinta kemain, hari-hari terasa nak jumpa pasangan, nak makan sama tapi sekarang ni masing-masing buat hal sendiri. Tak kira lah pasangan pengantin baru ke lama, Donna yakin pasti ada hari-hari yang agak ‘kelam’, kalau selalu bahagia pun mesti macam ada je perkara yang tak kena atau disorokkkan betul tak?

Rasa bosan dan perasaan hambar pasti akan menyinggah dalam sesebuah perhubungan, jadi tidak kira sama ada suami mahupun isteri perlu sentiasa peka dengan pasangan masing-masing. Tak tahu macam mana nak tawan semula hati pasangan? Haa jangan risau, ikut je tip mudah ni, pasti si dia kembali tersenyum!

Related image

Sumber: gfycat

Bersiap Di Depan Mereka

Haih jangan jadikan alasan dah kawin tak perlu nak cantik-cantik salah tu! Siapa suka kalau pasangan ajak dating, tapi pakaian dan muka macam tak ‘siap’ je. Tambah lagi buat para suami, secaa fitrahnya mereka memang sukakan objek yang cantik mengikut citarasa sendiri. Jadi tak salah untuk anda tampil bersiap dengan elok, kacak bergaya untuk menghangatkan lagi hubungan. Mana tahu si dia jatuh hati pada anda semula.

Mengusik Pasangan

Apa kata masa tengah jalan bersama ambil peluang untuk mengusik pasangan. Waktu petang-petang jalan di taman, cuba lah anda melawak sekali dua, bila pasangan dah mula kata pasti keadaan bertambah lebih ceria dan tidak stress.

Related image

Sumber: wehear

Elak Terlebih Mengada

Anda perlu ingat lelaki ni tidak suka wanita yang terlebih mengada, walaupun kaum Hawa ni memang cukup terkenal dengan gaya manjanya tapi jangan sampai melebih pula. Dont take for granted! 

Jujur Jangan Putar Belit

Walaupun wanitanya banyak drama tapi lelaki pun apa kurangnya dengan cerita yang suka putar belit. Opss! Haa untuk menjaga sesebuah perhubungan, jaga lah ia dengan tanpa sebarang penipuan dan berterus terang jika anda melakukan kesalahan di belakang pasangan. Luah hati ke hati, untuk menjernihkan keadaan hubungan yang agak hambar.

Mudah je sebenarnya untuk tawan hati pasangan anda balik, yang penting kena tahu caranya! Untuk tip hubungan yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Selain Di Bilik Tidur, Ini Lokasi Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Intim

 

 

 

 

Sumber: baituljannah 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna