Hubungan Keluarga Tak Rapat? Ini Cara Untuk Hidupkan Kembali Suasana

Bagaikan air yang dicincang tak akan putus, itulah peribahasa yang tepat untuk melambangkan hubungan antara keluarga mahupun saudara mara.

Ahli keluarga adalah individu yang berkongsi sumber di bawah satu bumbung, memberi kasih-sayang, memenuhi keperluan dan sentiasa berada di belakang kita ketika jatuh bangun. Jadi, buat apa nak bermasam muka, berdengki atau bergaduh antara satu sama lain?

Sumber: pexels

Namun biasalah, kadang-kala pergaduhan akan wujud juga walau dengan hanya sebab yang kecil. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara anda dan ahli keluarga anda.

Makan malam bersama

Sesibuk mana pun anda, sekurang-kurangnya anda dan keluarga meluangkan masa bersama di meja makan untuk menikmati makan malam bersama. Kalau anak-anak cuba mengelat untuk memberi alasan itu ini, jangan putus asa sebaliknya teruskan mengajak sehingga mereka bersetuju dan akhirnya ternanti-nantikan waktu untuk makan bersama.

Sumber: goodnet

Bukan apa, bila seharian tak jumpa. Waktu makan malamlah masa yang sangat sesuai untuk berkumpul, bertukar cerita tentang kehidupan masing-masing dan bergelak-tawa bersama keluarga.

Sentiasa membantu

Peranan ibu bapa dalam keluarga adalah memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, mereka harus menunjukkan sikap tolong-menolong dan menerangkan kepada anak-anak kenapa harus sentiasa bantu membantu sesama keluarga dan apa kesan jika tidak menolong.

Sumber: lifehealth

Lama-lama bila dah besar, mereka akan menjadi rapat kerana sikap ringan tulang.

Jangan merendah-rendahkan

Setiap orang pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing sebab itu tiada siapa yang sempurna. Itu gunanya keluarga, saling melengkapi kekurangan masing-masing dan berbalik kepada point yang di atas, saling membantu. Barulah jurang antara keluarga rapat.

Sumber: lifeasidreamedit

Itu saja panduan yang dapat dikongsikan. Mudah-mudahan suasana harmoni dalam keluarga akan wujud dengan praktikkan panduan ini.

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna