Hotel Hilton Fasiliti Kuarantin COVID-19 Cetus Pertikaian Netizen

Amboi, bestnya kuarantin stay hotel mewah!

Risaunya bila bilangan kes positif terus dicatat dari negara kita dan kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak covid-19.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan termasuklah menyediakan pelbagai keperluan yang diperlukan dari segi merawat sehinggalah pusat kuarantin.

Antara langkah terbesar yang dirasai oleh hampir semua rakyat Malaysia adalah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dan mengambil langkah untuk mengkuarantin rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara pada ketika ini.

Mungkin ada yang sudah tahu akan beberapa lokasi di negara kita dijadikan sebagai pusat kuarantin oleh kerajaan. Namun, terdapat beberapa tempat yang menjadi pertikaian oleh netizen dalam media sosial. Mengikut media sosial, AKEPT atau Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi merupakan salah satu tempat yang dijadikan pusat kuarantin oleh mereka yang baru pulang dari luar negara. Sesi kuarantin dijalankan disitu selama 14 hari dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun pertikaian netizen bermula apabila seorang pengguna Twitter yang memuat naik gambar hotel mewah yang menjadi tempatnya menjalani sesi kuarantin selama  14 hari setelah pulang dari New Zealand. Hotel Hilton di Petaling Jaya.

Pengesahan juga dibuat oleh pengguna twitter tersebut mengatakan hotel itu adalah sebuah pusat kuarantin yang sepenuhnya ditanggung oleh pihak kerajaan. Wow, bahagianya hidup ini! Sis pun nak kuarantinkan diri lah..hiks!

Sejurus dengan itu, ramai netizen menyuarakan pendapat mengatakan ia satu langkah yang tidak adil. Hal ini kerana dilihat netizen  sebagai kurang bersesusuaian. Tambahan pula, jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan terhadap golongan gelandangan sebelum ini.

Perbandingan juga turut dilakukan dalam media sosial apabila netizen menyatakan perbezaan di antara bantuan kerajaan terhadap gelandangan dan bantuan untuk rakyat Malaysia yang baru tiba di negara untuk menjalani sesi kuarantin selama 14 hari. Daripada ini, netizen menyuarakan kekecewaan dan pendapat terhadap isu pembiayaan hotel mewah sebagai pusat kuarantin kerana ia menggunakan duit dari pembayar cukai manakala golongan gelandangan pula diberi tilam yang nipis.

Foto:Twitter

Setelah melihat perbezaan ini, apakah yang sepatutnya dilakukan bagi membangkitkan keadilan terhadap mereka yang harus menjalani sesi kuarantin secara mewah ini? Pada pendapat anda, patutkah wujud perbezaan di antara dua kumpulan ini?

 

Baca juga:

Bolehkah Virus COVID-19 Dijangkiti Bayi Menyusu Dan Kandungan?

Berita Gembira! Ada Tanda Awal Malaysia Akan Pulih Dari COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber:Thevocket.com

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna