Hina Islam, Maki Bangsa Melayu Dalam Online Game Individu Cina Diburu Netizen

PUBG atau PlayerUnknown’s Battleground’s merupakan sebuah permainan online dalam telefon pintar yang menjadi popular dalam kalangan orang muda beberapa tahun dahulu.

Permainan atas talian ini menjadi fenomena kerana bukan sahaja menyeronokkan, malah dikatakan mampu untuk menjana pendapatan. Untuk mereka yang masih belum mengenalinya, permainan ini dimainkan bersama pemain yang lain yang turut online dalam waktu yang sama.

Dipilih dan diasingkan mengikut sistemnya tersendiri sehingga tertubuhlah sebuah kumpulan atau perseorangan menentang lawan kumpulan yang lain untuk merebut kemenangan atau digelar ‘victory dan chicken dinner‘.

Baca:Vibe Check! Ini Tanda-Tanda Anda Masih Belum Dimaafkan

Selain dari itu, permainan ini juga merupakan sebuah tempat untuk menambah kenalan baharu kerana ia menghubungkan dengan pemain daripada seluruh dunia. Walau bagaimanapun, satu kejadian yang tidak enak didengar berlaku di antara pemain ketika bermain permainan ini.

Bukan berlaku kerana mobile game tersebut tetapi, berlaku krisis di antara pemain yang berbangsa Melayu dan Cina. Mengikut sumber yang dikatakan oleh OhMyMedia, seorang remaja berbangsa cina lelaki teruk dikecam oleh pengguna Twitter apabila dikatakan bersikap kurang ajar.

 

Sikap lantang dan biadapnya itu berjaya dirakam dan menjadi tular di laman Twitter apabila seorang pengguna memuatnaik rakaman suaranya memaki dan menghina agama Islam.

 

Akibat tidak berpuas hati dengan tindakannya itu, individu ini memuat naik gambar remaja cina ini dengan mengeluarkan kenyataan untuk mencarinya sehingga berjaya ditemui.

@aa_abdrhm turut berkongsikan ID pemain remaja cina tersebut di laman Twitternya yang menyebabkan pelbagai reaksi netizen dilontarkan.

Dipersilakan tikam dia, kami izinkan

Salah seorang netizen yang memberi respon akan perkara ini adalah merupakan seorang lagi individu berbangsa cina yang menunjukkan tidak kesetujuan akan tindakan remaja lelaki ini.

Penulis merasakan sikap tidak matang remaja cina ini sangatlah begitu jelas sekali. Jarang benar kita melihat kaum lelaki yang beremosi seperti ini hanya kerana kalah dalam sebuah permainan telefon pintar atas talian yang juga bukan pertandingan?? Tak elok racist dik!

 

Satu lagi komen yang diberikan oleh Sam Yong yang menjadi persetujuan ramai adalah apabila beliau menerangkan tentang provokasi yang berkaitan dengan agama dan perkauman jelas sekali menjurus kepada perpecahan. Semoga lebih ramai lagi individu seperti ini dalam pelbagai kaum di Malaysia. Ini juga demi keamanan hidup masing-masing!

Bagi adik remaja cina, semoga permohonan maaf secara terbuka dilakukan dan tiba masanya untuk bertanggungjawab seperti orang dewasa dan matangkan pemikiran!

 

Baca:“Langsung Tidak Terfikir Isteri Ustaz Sebenarnya Tak Restu”- Da’i Farhan Tipu Dapat Kebenaran Poligami?

Akibat Cemburu Buta, Ibu Tiri Campak Anak Tiri Dalam Sungai Sehingga Lemas

 

 

 

 

 

Sumber:OhMyMedia

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna