Hilang Dara Ketika Berusia 15 Tahun, Wanita Ini Ketagihan Hubungan Intim Setiap Hari

” Saya hilang dara ketika berusia 15 tahun, sekarang saya sudah menjadi ibu kepada dua orang anak, apabila saya jumpa suami saya pada usia 16 tahun, di situ lah saya mula rasa suka terhadap hubungan intim”

Rebecca seorang wanita yang berasal dari Tadcaster Yorkshire mula ketagihan seks seawal usia 20 an, menurutnya setiap kali bangun sahaja daripada tidur keinginannya untuk melakukan seks semakin meningkat seakan-akan seperti kaum lelaki. Kebiasaanya, wanita yang sudah melahirkan anak nafsu seks akan menurun. Namun tidak bagi ibu kepada dua orang anak ini, kerana dia mengalami ketagihan yang melampau.

Sumber: unsplash

Nafsu Semakin Tinggi Selepas Mempunyai Anak Kedua

Tanpa segan silu wanita itu menceritakan pengalamannya bersama suami untuk kali pertama melakukan hubungan intim hampir setiap hari. Tapi selepas daripada itu, mereka membuat keputusan untuk berpisah dan berpindah ke Paris bersama ibunya.

Ibu saya, Jannine, memiliki sebuah ladang di Vienne, Perancis. 6 bulan kemudian, ketika berjalan dengan ibu, saya bertemu seorang jejaka.

Kami berdua tergila-gila antara satu sama lain. Kami melakukan hubungan seks hampir setiap hari dan pada tahun 2010 kami memiliki seorang puteri yang sekarang berusia 8 tahun,”

Walaupun tinggal bersama dengan lelaki itu, namun Rebecca berasa tidak selesa dan tenang kerana dia merasakan bahawa suaminya tidak memberi sokongan dan memahami nafsunya yang ingin bersama setiap hari.

“Saya akhirnya bertemu doktor dan diberikan ubat menangani kegelisahan. Namun pada 2014 saya masih ketagihan seks.”

Hakikatnya walaupun sudah bersama dengan ramai pasangan, Rebecca masih berasa tidak puas, dia telah diberitahu oleh doktor ketagihan seks yang dialaminya merupakan sejenis gangguan mental di mana sebelum ini dia tidak perasan dan memahami apa yang berlaku sebenar.

“Setiap minit saya terjaga, saya memiliki fikiran obsesif tentang seks. Ketika saya menyerah diri dengan godaan, saya merasa lebih baik, malah stress dan rasa gelisah juga berkurang. Namun saya tidak dapat berpuas hati dalam jangka panjang! Saya ingin melakukannya lagi.” katanya.

Image result for gangguan mental

Sumber: berita

Didiagnosis Sebagai Gangguan Obsesif Kompulsif

Setelah berjumpa dengan dua orang psikoterapi, mereka telah mengesahkan Rebecca mengalami gangguan obsesif kompulsif. Setelah dia membuat keputusan untuk berpindah sekali lagi, dia sedar bahawa untuk menjadi seorang manusia dia tidak perlukan seks setiap hari dalam kehidupannya.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa ketagihan seks atau hiperseksualiti adalah gangguan di mana pesakit sangat mengidamkan seks secara berlebihan dan akan mengalami tekanan sekiranya tidak dipenuhi. Gejala yang sering dilakukan adalah termasuklah fantasi seksual, kurangnya emosi terhadap seks dan dorongan untuk seks.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bahaya Upload Gambar Anak Di Media Sosial Elak Jadi Mangsa Pedofilia

 

 

 

 

Sumber: aseanparent

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna