Hilang 2Kg Dalam Sebulan Selepas Minum Teh Hijau Setiap Pagi

Teh hijau merupakan minuman herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia terutama di negara China dan Jepun sejak zaman dahulu lagi. Teh hijau diperbuat daripada daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk untuk minuman. Daun teh hijau kaya dengan pelbagai komponen aktif yang baik terutamanya polifenol. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya.

Sumber Foto: 123rf

Manfaatnya tidak boleh dipertikaikan dan terbukti baik untuk kesihatan dan juga kecantikan.  Kini teh hijau menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan dengan jantung dan tekanan darah tinggi. Teh hijau dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan dicadangkan untuk diminum oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah.  Hebatnya teh hijau menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti ekstrak dan kapsul selain cukup popular dalam industri makanan, minuman dan produk kecantikan,

Sumber Foto: pexels.com

  • Tidak Mudah Lupa – Bagi anda yang mudah lupa atau pelupa boleh amalkan minum teh hijau. Ia tidak sekadar mencergaskan otak, malah menjadikan seseorang itu pintar, senang untuk mengingati serta menghafal sesuatu.

Sumber Foto: pexels.com

  • Kurus Dengan Mudah – Teh hijau adalah minuman yang membantu proses pembakaran lemak dan pada masa sama meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ia juga boleh nyahkan toksin dalam badan selain melancarkan sistem pencernaan. Amalan minum teh hijau setiap pagi mampu membantu menghilangkan hampir 2kg selama sebulan. Ia bergantung kepada tubuh badan seseorang.

Sumber Foto: pexels.com

  • Cegah Kanser –  Teh hijau sarat dengan antioksida yang mampu memerangi sel kanser. Dengan itu, pengambilan teh hijau dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payu dara, prostat, kolon dan banyak lagi. Mencegah lebih baik daripada merawat kan?

Sumber Foto: 123rf

  • Gigi & Mulut Sihat – Katekin yang terdapat pada daun teh hijau mampu membunuh bakteria streptococcus yang terdapat pada gusi dan sekitar mulut. Amalan minum teh hijau setiap hari akan memperoleh kesihatan gusi dan mulut berpanjangan serta terhindar daripada masalah nafas berbau.

Sumber Foto: pexels.com

  • Panjang Umur – Anti Oksida yang terdapat dalam ekstrak teh hijau mampu melambatkan proses penuaan.

Hebatkan? Harga teh hijau dipasaran juga tidak semahal mana, dan boleh diamalkan setiap hari. Jom mulakan gaya hidup sihat.

 

 

 

 

Sumber: utsn.com usahawan.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna