Hikmah Di Sebalik Kejadian Tembak Menembak Di Christchurch

Umum mengetahui New Zealand yang merupakan salah sebuah negara kedua paling selamat di dunia. Tragedi sadis baru-baru ini menunjukkan tidak ada negara harus mengambil ringan aspek keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Insiden tembak menembak yang berlaku di Masjid Al Nour dan Masjid Linwood, New Zealand baru-baru ini mengorbankan 50 mangsa tidak bersalah ketika sedang beribadat amat menyedihkan. Sehingga hari ini insiden tragis tersebut masih lagi menjadi perbualan ramai.

Sumber: abc.net

Sesungguhnya ini merupakan ujian hebat buat umat Islam khususnya dan apa yang pasti setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. Terkejut juga apabila terbaca sebuah laporan daripada portal luar negara yang mengatakan sejumlah 350 orang menerima Islam selepas kejadian tersebut ia sungguh mengharukan.

Sumber: Kashmir Glacier

Selain itu, Kumpulan Mongrel Mob menyatakan sokongan pada umat Islam di Masjid Al-Nour dan Mangu Kaha pula mempersembahkan Haka untuk menghormati Muslim yang terkorban dalam insiden teroris di Christchurch. Kedua-dua kumpulan itu adalah kumpulan bikers yang paling digeruni di New Zealand.

Tidak cukup dengan itu, rakyat New Zealand yang bergama lain turut meluahkan rasa simpati mereka dengan meletakkan jambangan bunga yang banyak di hadapan kedua-dua masjid dan menulis beberapa ayat seperti ‘we love you’.

Ada juga yang berdiri di depan masjid untuk menjaga umat Islam dapat berjemaah dengan aman dan selamat sehingga menyapa sesiapa yang ingin mendirikan solat serta ada juga beberapa individu membawa papan yang bertulis “awak kawan saya dan saya akan berdiri di sini untuk menjaga awak untuk mendirikan solat”.

Itu baru kita lihat rakyat New Zealand yang mengambil tindakan, belum lagi pihak berkuasa yang mengendalikan kejadian ini dari awal sehingga sekarang. Malah, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengeluarkan kenyataan bahawa lesen senjata api akan diketatkan.

Pada masa sama, dia turut turun padang melihat rakyatnya yang kehilangan ahli keluarga dengan memeluk menenangkan mereka kerana kehilangan orang tersayang dan meluahkan rasa simpatinya.

Pakaiannya juga turut menghormati agama Islam dengan menyarungkan selendang hitam pada bahagian separuh kepalanya.

Sejarah hitam ini memang betul-betul memberi tamparan hebat kepada semua pihak. Isu keganasan seperti ini tidak seharusnya berlaku dan diharapkan selepas kejadian ini, ramai mengambil iktibar. Keganasan tidak mengenal sempadan dan dunia perlu berganding bahu untuk mengalahkan ancaman ini.  Al-Fatihah buat mangsa-mangsa terkorban.

 

 

 

 

Sumber: twitter rula jebreal , twitter stance groundedTIME , The Guardian Opinions , twitter inthenow

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna