Hidung Tiba-Tiba Mengembang Petanda Mengandung Anak Lelaki?

Bila nak cerita tentang proses kehamilan, macam-macam pengalaman dikongsikan bakal ibu. Ada yang melalui fasa itu dengan mudah. Ada juga yang melalui fasa itu dengan sangat mencabar.

Bukan  itu sahaja, ada juga yang mengalami kejadian pelik semasa mengandung seperti perubahan fizikal wajah.

Tak dapat dipastikan khabar angin ini, tapi ramai juga yang cakap perubahan fizikal pada tubuh dan wajah sebenarnya memberikan petanda kepada bakal ibu jantina bayi dalam kandungannya. Betul ke?

via GIPHY

Tapi, mungkin juga apa yang dikatakan itu benar belaka. Ini kerana menurut seorang doktor Dr Goh Shen Li yang juga merupakan konsultan di  Klinik Wanita S L Goh di Mount Alvernia Medical Center D, kehamilan tak hanya mengubah perut, ia juga menyebabkan bengkak di bahagian hidung. Tapi bab jantina itu, tak pula dia cakap apa-apa.

“Ada sesetengah perempuan yang melihat pipinya semakin bulat atau kulit mereka menjadi merah. Ini disebabkan peningatan aliran darah di pembuluh darah,” katanya lagi.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, ada juga ibu yang mengalami pigmentasi atau tahi lalat baru sepanjang kehamilan akibat perubahan hormon. Namun begitu, pigmentasi itu akan memudar selepas enam bulan, tapi ia tidak hilang  sepenuhnya.

Hidung dan pipi anda juga akan nampak lebih bulat. Ia akan kembali normal selepas enam bulan melahirkan.

Dalam kes yang lain pula, ada juga wanita yang semakin berseri sepanjang tempoh kehamilan. Jadi, ia bergantung juga kepada pengalaman setiap individu. Apa-pun semoga proses kehamilan semua dipermudahkan dan selamat melahirkan.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan anda dan anak di dalam kandungan ya!

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna