Hidangan Untuk Keluarga Dengan Terung Goreng Sumbat Ala-Ala India

Tidak kira wanita yang berkerjaya atau tidak, pasti akan mengalami kesukaran untuk memikirkan menu apa yang patut dimasak untuk seisi keluarga. Mana tidaknya, hari-hari nak kena fikir! Kalau beli buku 100 resipi masakan dari Chef Wan tu, bertahan cuma 100 hari sajalah, lepas itu tak tahu nak masak apa.

Mana nak fikir menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan menu untuk makan malam. Bila kekeringan idea, mulalah masak masakkan yang sama setiap minggu, sampai naik muak si suami. Jadi, artikel ini, akan menyajikan anda menu baru iaitu terung goreng sumbat ala-ala India. Mudah saja! Jom baca bahan dan langkah di bawah.

Bahan-bahan

  1. Terung
  2. Tepung Gram (Tepung Chal Dal)
  3. Tepung Beras.
  4. Buah Ajwain
  5. Bikarbonat Soda.
  6. Garam
  7. Air
  8. Minyak
  9. Bawang merah dipotong dadu.
  10. Daun saderi.
  11. Cendawan tin.

Langkah-langkah

  1. Basuh terung sehingga bersih dan belah di bahagian tengah dan bawah terung tersebut. Kemudian, goreng di dalam minyak yang panas sehingga terung tersebut kecut  dan kedut sedikit.
  2. Campurkan tepung gram, tepung beras, buah Ajwain, bikarbonat soda, garam dan air. Gaulkan sehingga likat.
  3. Celupkan terung yang sudah digoreng bersama adunan tepung tadi dan goreng sehingga keperangan.
  4. Kemudian, tumis bawang merah yang sudah dipotong dadu sehingga naik bau.
  5. Masukkan hirisan daun saderi serta cendawan tin yang sudah dipotong dan kacau sehinga sebati untuk dijadikan inti.
  6. Seterusnya, terung yang sudah digoreng, potong di bahagian tengah pula.
  7. Seterusnya, sumbatkan inti yang sudah digaul sebati tadi di bahagian lubang tengah terung tadi.
  8. Anda boleh nikmati hidangan tersebut!

Nota ringkas: Inti terung tersebut anda boleh ubah bahan ikut kretiviti anda. Selamat mencuba!

 

 

Sumber: Nawab’s Kitchen Food

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna