Hidangan Mudah! Timun Goreng Masak Udang Telur

Aduhai! Dah la penat balik dari kerja ni, lepas tu nak masak pulak. Tak ada ke makanan yang senang masak?”

Keluhan barisan ayat atas ni sering meniti di bibir wanita-wanita bekerjaya. Iyalah, dah balik kerja, lepas tu nak masak pula untuk keluarga. Kalau tak keluarga, untuk diri sendiri yang nak berjimat.

Kalau setiap hari makan luar je, belum hujung bulan, mesti dompet dah kering! Nak tak nak mesti kena masak juga. Untuk menyelesaikan masalah you guys, kami kongsikan resipi yang mudah, senang dan sedap!

Timun goreng masak udang telur

Resipi yang kami perkenalkan adalah, timun goreng masak udang telur. Bunyi pelik kan? Tapi percayalah, kalau makan dengan nasi panas-panas dengan sambal belacan confirm terasa di awang-awangan, gitchew!

Sumber: rasa

Bahan-bahan

  1. Sebiji timun di potong mengikut kreativiti sendiri.
  2. 5-7 ekor udang yang sudah dibersihkan.
  3. Sebiji bawang merah di potong halus.
  4. 3 ulas bawang putih di ketuk dan di hiris.
  5. 2 biji telur.
  6. Garam.

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan udang serta timun dan gaul sehingga udang masak.
  3. Kemudian, masukkan dua biji telur dan kacau telur sehingga hancur.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Hidangkan!

Empat langkah je! Rasanya menumis tak sampai 10 minit dah siap, ihiks! Selamat mencuba.

 

 

 

Untuk bacaan menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Resipi Rahsia Udang Merah Petai Yang ‘Confirm’ Buat Bangkit Selera

Hanya 10 Minit, Bekalkan Si Manja Dengan Nugget Udang Buatan Sendiri!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna