Hidangan Istimewa Resepi Hujung Minggu, Tak Perlu Susah-Susah Fikir!

Yes akhirnya weekend dah tiba, haa masa ni lah anda boleh rehat kan minda dan rancang aktiviti menarik dengan keluarga. Tapi buat mak-mak dekat luar sana mesti tengah pening kan nak masak apa. Bila dah bersama anak-anak dan suami, aktiviti wajib yang mampu memeriahkan lagi suasana adalah dengan melakukan makan-makan.

Bagi anda yang buntu atau kehabisan idea nak masak apa, ikut je resepi di bawah dan yang penting jangan lupa kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain agar dapat memudahkan kerja anda di dapur!

Sarapan – Scrambled Egg Dari Gordon Ramsay

Cara Penyediaan

1. Pecahkan enam biji telur dalam periuk.

2. Masukkan 3 potongan kecil mentega.

3. Letakkan periuk di atas api dibuka besar.

4. Kacau dan pastikan telur tidak melekat di bahagian bawah periuk.

5. Selepas 30 saat, ketepikan periuk dari api. Teruskan mengacau. Selepas 10 saat, letakkan semula periuk di atas api. Ulang sehingga 3 minit.

6. Di minit terakhir, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Untuk rasa lebih berkrim, masukkan crème fraîche (boleh digantikan dengan yogurt asli).

7. Letakkan di atas pinggan dan letakkan potongan daun kucai (chives).

Image result for nasi goreng cina

Sumber: happyfresh

Makan Tengahari – Nasi Goreng Cincang Ala Kantonis

Bahan-bahan

  1. 1/2 labu bawang besar
  2. 2-3 ulas bawang putihg
  3. 2-3 tangkai cili padi ( sebab saya suka pedas )
  4. 1 batang cili merah
  5. sedikit minyak bijan
  6. sedikit kicap cair
  7. lada hitam
  8. Salad iceberg lettuce ( dipotong kecil-kecil)
  9. Daun bawang dihiris halus
  10. 2 biji telur

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dengan api sederhana. Masak daging cincang yang diperap sehingga 80% masak kemudian ketepikan.
  2. Tambah minyak lagi sekali. Masukkan bawang besar, cili merah, cili padi yang ditumbuk halus hingga naik bau. Masukkan balik daging cincang ke dalam bahan-bahan di atas.
  3. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul hingga agak masak, dan masukkan nasi. Masukkan sedikit kicap cair, beberapa titis minyak bijan, lada hitam, garam secukup rasa.
  4. Masukkan nasi yang dimasak awal-awal tadi dan gaul rata. Terakhir, masukkan daun salad dan tutup api.

Related image

Sumber: sajiansedap

Minum Petang – Puding Caramel

Bahan-bahan

Kuah Karamel

  • 6 sudu besar gula putih
  • 1 sudu butter
  • 2 sudu air masak

Puding

  • 1 kotak besar susu fresh
  • 7 biji telur size A
  • Gula 4 sudu besar
  • Essense vanila 1 sudu kecil
  • Daun pandan jika mahu

Cara Penyediaan 

  1. Panaskan kuali dan kemudian masukkan gula  dan air hingga agak cair. Campurkan mentega sedikit dan kacau rata. Apabila siap, letakkan di dalam bekas.
  2. Tips : Nak bagi puding keluar cantik, sapukan butter sikit untuk bagi tak nak melekat bila terbalikkan nanti.
  3. Untuk kuah pula, masukkan 1 kotak susu tu dalam periuk, gula, essence vanila dan telur yang dipukul. Tak perlu kembang apabila memukul telur.
  4. Masukkan semua kacau dengan api perlahan sampai gula hancur. Masukkan dalam bekas yang dah siap dengan caramel tadi. Kemudian bakar. Lagi cantik tekstur dia.
  5. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius sampai keras lebih kurang 45 minit. Bakar dengan teknik waterbath. Dulang dalam dulang yang berisi air.

Bukan hanya mudah untuk di masak tapi Donna pasti hidangan menu di atas pasti membuatkan keluarga anda suka dan siap bertambah lagi hiks! Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jantung Berdebar Laju Tidak Tentu Masa, Mungkin Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

 

 

 

 

 

Sumber: dewimalaysia

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna