Hidangan Ini ‘Confirm’ Buat Tetamu Teringat-Ingat Sampai Ke Raya Tahun Depan! Wajib Cuba

Advertisement

Niat di hati nak buat open house atau rumah terbuka, tapi masalah utama yang selalu muncul adalah menu masakan apa yang ingin anda hidangkan kepada tetamu yang hadir? Ramai berpendapat, ‘dah nama pun raya, masaklah ketupat atau rendang..barulah raya!’ Hm, adakah anda pasti itu adalah menu terbaik yang anda boleh hidangkan?

Raya pertama dah makan ketupat dan rendang, mereka pastinya muak jika menu yang sama dihidangkan. Cuba bayangkan jika masakan barat diberi sedikit ‘fusion’ iaitu suntikan elemen tradisi dalam hidangan barat. Menu seperti pizza digandingkan dengan rendang sebagai topping, atau mee bandung menggunakan spageti dan sedikit elemen barat lain. Confirm buat tetamu teringat-ingat sampai ke raya tahun depan!

Tugas anda sebagai tuan rumah adalah untuk menggembirakan tetamu yang bakal hadir ke rumah terbuka anda dan menu menarik yang Donna kongsikan ini pasti buat mereka kecur liur.

Mee Bandung Ala Prego

Orang kata Mee bandung ni memang popular jika di Muar Johor. Sedikit kelainan kita berikan dengan sentuhan barat menggantikan mee kuning dengan Spageti PREGO®. Tak sampai 2 jam pun penyediaannya, dah boleh dihidangkan kepada 8 hingga 10 orang tetamu. Resepi penuh klik je kat sini.

 

Soto Ayam Ala Prego

Selalunya Soto ni dihidangkan sebagai sarapan pagi jika ada perayaan atau meraikan sesuatu. Dan hidangan ini juga lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Musim-musim raya ni, kalau anda hidangkan Soto Ayam Ala Prego memang terbaiklah. Confirm bertambah pinggan mereka yang makan tu, hiks! Klik sahaja di sini untuk resepi penuh. Sesuai dihidangkan dengan Sate, rendang atau hidangan raya yang lain.

 

Makaroni Salad Buah-Buahan

Tak lengkap rasanya kalau tiada pemanis mulut untuk tetamu yang hadir nanti kan? Lain dari yang lain, jom hidangkan Makaroni Salad Buah Buahan yang pastinya sesuai dengan semua hidangan pedas dan pasti akan meninggalkan kenangan manis raya ini. Resepi penuh klik sahaja di sini.

Ha, bagaimana? Jangan sangka makanan seperti pasta tidak boleh dimasak dengan suntikan cara Melayu. Tetamu yang hadir pasti tertarik dan sukakannya. Untuk lebih banyak resepi menarik, anda boleh ke website www.prego123.com.my. Kesemua hidangan ini sesuai dihidangkan kepada 8 hingga 10 orang tetamu pada satu-satu masa. Masa memasak yang diperlukan juga kurang daripada sejam. Raya anda pasti sempurna dengan adanya Prego.

Jangan ketinggalan juga untuk sertai pertandingan teka “Siapa Makan Pasta Raya” dan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM 20,000!

Langkah 1: BELI produk Prego bernilai RM20 ke atas di dalam satu resit, simpan resit sebagai bukti pembelian ye!

Langkah 2: CIPTA kisah “Siapa Makan Pasta Raya” di www.prego123.com.my/Raya

Langkah 3: HANTAR borang penyertaan yang tertera di www.prego123.com.my/Raya

Untuk info lebih lanjut, pergi je ke website www.prego123.com.my/raya. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna