Hidangan 15 Minit Untuk Menu Tumis Brokoli

Bila dah tiap-tiap hari memasak sampai dua lauk, kadang-kala kita sendiri sampai kekeringan idea tak tahu nak masak apa. Bukan apa, kalau tak ada kepelbagaian menu tak best la, betul tak?

Jadi, sekarang ni kami kongsikan hidangan sampingan yang sesuai untuk dimakan bersama semua lauk. Tak perlu dah nak pening-pening nak fikir, sesuai ke kalau makan menu A makan dengan menu B?

Hidangan yang kami nak kongsikan adalah Tumis Brokoli!

Bahan-bahan

  1. Sayur brokoli.
  2. Sebiji bawang merah bersaiz besar yang sudah dihiris.
  3. 5 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
  4. Lala kering mengikut citarasa.
  5. Cili padi dipotong dua.
  6. Serbuk perasa.
  7. Sos tiram.
  8. Lada sulah.
  9. Garam.
  10. Air putih semangkuk kecil.
  11. Tauhu telur.
  12. Tepung goreng.

Cara penyediaan

  1. Potong tauhu telur kepada 5 bahagian dan salut dengan tepung goreng.
  2. Goreng sehingga kekuningan dan biarkan ke tepi.
  3. Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak.
  4. Tumis bawang merah, cili padi dan putih sehingga kekuningan.
  5. Masukkan lala kering.
  6. Gaulkan sehingga harmoni sehingga naik aroma.
  7. Masukkan sos tiram mengikut citarasa sendiri.
  8. Gaulkan sekali lagi sehingga harmoni.
  9. Masukkan secawan dan kacau sehingga sebati.
  10. Masukkan brokoli yang sudah di potong dan di basuh bersih bersama tauhu tauhu telur goreng.
  11. Kacau sehingga sebati.
  12. Tutup api.
  13. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
  14. Gaul penuh kasih sayang.
  15. Hidangkan!

Sebaiknya hidang hidangan ni panas-panas semasa makan. Nanti tak ranggup sayur brokoli tu, tak umph-lah nanti.

Selamat mencuba!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wajib Cuba, Petua Kurangkan Garam Bila Memasak!

Jom Masak Ayam 3x Pedas Versi Tekak Melayu

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna