Hidang Makan Malam Mudah Dengan Udang Cajun

Kalau lauk udang, mesti dalam fikiran anda udang masak merah petai, udang masak butter tak pun gulai lemak udang buncis. Menu-menu ni tak lari lah sampaikan kalau beli lauk dekat pasar tu, termenung depan lambakan udang fikir nak masak apa, ahaks!

Apa yang payah sangat tu? Sekarang ni jom kita cuba hidangan udang masak cajun. Apa itu cajun? Ha, cajun merupakan serbuk rempah ratus untuk perasa dalam masakan. Kalau tak tahu sangat tu, Google je mesti anda akan “Ohh! Serbuk ni ke?”

Sumber: carian google

Cara penyediaan menu ini mudah saja! Tak sampai 1 jam. Jom ikut cara masakan berikut.

Bahan-bahan

  1. Udang harimau 15 ekor
  2. Garam
  3. Serbuk cajun
  4. Serbuk lada hitam
  5. Mentega 2 sudu
  6. Bawang banggla dipotong dadu
  7. Lemon jus 1 sudu
  8. Halia sebesar 2 cm di potong dadu

Cara penyediaan

  1. Udang yang telah dibasuh di masukkan garam, serbuk cajun dan serbuk lada hitam mengikut citarasa. Kemudian di gaul bersama.
  2. Mentega dicairkan sebagai pengganti minyak masak. Masukkan bawang  dan halia tadi sehingga naik bau atau warna bertukar keemasan.
  3. Masukkan udang dan sedikit 2 sudu mentega. Bila udang sudah masak, masukkan lemon jus dan gaul sehingga sebati.
  4. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi goreng pun boleh. Ikut citarasa sendiri.

Tara! Siap. Mudah sajakan? Masak pula mennu sampingan gulai lemak putih dengan ikan masin goreng, fuh! Memang padu la orang kata. Selamat mencuba!

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: Hanya 4 Bahan Untuk Hidangan Udang Bakar Bersalut Parut Kelapa , Buat Yang Masih Bujang, Ini Senarai Resepi Paling Mudah Untuk Anda

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna