Hiburkan Cuti Sekolah Anak Dengan Belon Panas Sotong!

Bila jiran berbicara:

Eh, cuti sekolah ni bawak anak pergi mana Bedah?

Erm, duduk rumah jelah kot Senah. Zaman ekonomi tak stabil ni.”

Kenapa pening-pening ni Senah..siapa kata kena berbelanja besar kalau nak bawa anak berseronok sempena cuti sekolah ni. Tahu tak sekarang ni ada Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya sudah pun bermula sejak 28 hingga 31 Mac ini. Jika anda masih bingung ke mana lokasi menarik untuk anak-anak sempena cuti sekolah dan tak perlu berbelanja besar pun, problem solved!

Ini merupakan kali ke 10 dalam sejarah penganjurannya. Apa yang berbeza kali ini adalah bentuk belonnya yang unik. Bayangkan, reaksi anak anda apabila melihat belon berbentuk sotong, beruang dan robot terbang di udara. Ia pasti mengujakan!

Menariknya lebih 14 negara menyertai acara ini, antaranya adalah Taiwan, Sepanyol, Slovakia, Brazil, Belgium, Jepun dan pelbagai lagi.

Masuk percuma!

Ha, ada yang dah tak sabar bersiap-siap tu, lebih-lebih lagi bila masuk ke sana adalah percuma! Masuk memang percuma, tapi kalau nak main segala aktiviti yang ada di sana, kenalah bayar ya. Hiks!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pesta ini anda boleh melawat laman web rasmi iaitu https://www.myballoonfiesta.com.

 

 

 

 

 

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna