Hiburkan Anak Dengan Lagu, Netizen Gelar Alif Satar ‘Daddy Of The Year’

Kanak-kanak dan hiburan tak dapat dipisahkan. Kalau boleh 24 jam kerja nak main je. Jenis pula tu nak main yang bersepah-sepahkan barang, alahai…! Pening kepala bila nak kemaskan balik. Kalau dapat suami yang jenis menolong, tak apalah. Kalau yang jenis menambahkan beban? Tabah sajalah…

Tapi, nasib baiklah zaman sekarang ni, masih lagi wujud lagi suami yang boleh membantu melayan si kecil. Lihat sajalah video yang dikongsikan oleh pelakon drama bersiri Pia, Alif Satar di media sosial miliknya. Comel betul bila dia menghiburkan malam dua puterinya dengan lagu ciptaan rakannya pada 5 tahun lepas.

Kita sekali rasa nak berjoget juga…

Video yang mendapat lebih 40 ribu tontonan tu mendapat pujian dari netizen. Rata-rata mereka menggelar Alif Satar ‘Daddy of the year’ kerana berjaya menghiburkan hati mereka juga apabila menyanyikan lagu untuk dua orang anaknya, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Daddy of the year…

I adore you as human…

Kita pun join tepuk tangan sama sama… 

Ha.. Siapa yang kata men are trash? Ada lagi suami dan lelaki solo dekat luar sana yang mampu menggalas tanggungjawab dengan betul. Yang penting jangan salah Alif ye..

 

 

 

 

Sumber: instagram Alif Satar

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna