Hiba Tidak Dijemput Keluarga,’Anggap Saja Saya Sudah Mati’

Setiap manusia mempunyai menjalani dugaan hidup yang berbeza. Sehinggakan jika kita melihat nasib sukar sesetengah individu, boleh mengalir air mata!

Baru-baru ini sebuah perkongsian dalam dunia maya Facebook mengenai hasrat seorang gelandangan untuk bertemu dengan keluarganya selepas berpisah selama 24 tahun menemui kegagalan. Ianya kerana tiada individu yang dikatakan hadir untuk menjemputnya pulang.

Perkongsikan dalam laman Facebook Buletin Utama TV3 itu menceritakan tentang rakan jalanan yang bernama Amran Tamby menunjukkan perasaan sebak setelah wartawan menemubual dirinya mengenai perkara tersebut.

Amran Tamby yang merupakan seorang bekas anggota polis menceritakan bahawa beliau telah menunggu di Terminal Bersepadu Selatan atau TBS namun tiada jemputan dari keluarga yang sampai.

“Anggap sahaja saya sudah mati”

Merupakan kata-kata terakhir oleh Amran kepada ahli keluarganya. Kecewa selepas dikatakan sudah dua kali menunggu. Amran Tamby persoalkan janji yang diberi kepadanya. Beliau turut menyifatkan keluarga yang berada di Johor Bahru itu tidak lagi mahu menerima dirinya.

Semoga salah faham ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Apakah alasan keluarganya tidak menjemputnya masih lagi tidak diketahui. Walau bagaimanapun Donna berharap Pakcik Amran Tamby tabah menjalani kehidupannya yang kini.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohbulan

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna