Hiba, Datin Shahida Pulangkan Semula Anak Angkat Kepada Ibu Kandungnya

Pasangan pengusaha kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida baru-baru ini pernah viral kerana memilih untuk mengambil dua orang anak angkat walaupun telah mempunyai anak sendiri. Ameena dan Qayyum Aliffshah masing-masing berumur setahun lebih dan 11 bulan ketika ini.

Sumber: instagram

Apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah video yang dimuat naik ke laman instagramnya baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan kenangannya bersama Qayyum sepanjang beliau menjaga anak kecil itu dan video itu disunting dengan warna hitam putih serta berlatar belakangkan lagu nasyid yang mengharukan.

Tujuan video tersebut dimuat naik adalah kerana Qayyum akan dipulangkan semula ke pangkuan ibu kandungnya. Anda boleh baca kapsyen dan lihat suntingan video di bawah.

View this post on Instagram

Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik😍😍… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… . Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. . P/S: Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Posting tersebut telah dibanjiri dengan kata-kata netizen hampir 7 ribu komen dalam masa 13 jam! Komen tersebut mengatakan mereka faham perasaan sedih apabila perlu berpisah dengan anak susuan setelah beberapa bulan menjaga seperti anak sendiri serta mendoakan agar Datin tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

Kepada yang mengikuti perkembangan Dato’ Aliff Syukri di akaun Instagramnya, ibu kandung Qayyum telah meminta hak penjagaan anak semula kerana mengatakan Dato’ Aliff dan isterinya tidak pandai menjaga anaknya kerana anaknya dilihat sering jatuh sakit.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan jutawan kosmetik itu sehinggakan dia telah meluahkan rasa amarahnya menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya.

Walaupun marah, dia tetap berkongsi video saat indah ketika dirinya pertama kali berjumpa dengan Qayyum yang masih lagi dalam kubikel bayi. Video tersebut telah dimuat naik di laman Instagram @babyterlajaklaris.

Siapalah yang tidak sedih bila terpaksa berpisah dengan anak yang dijaga dari kecil ibarat anak sendiri. Apa pun, moga segalanya dipermudahkan. Kita doakan yang terbaik untuk kedua pihak okay.

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna