Hey ‘Women’! Jangan Malu Gayakan ‘Jumpsuit’

Jumpsuit antara fesyen yang popular dan diminati gadis remaja namun masih boleh digayakan oleh wanita moden hari ini. Tak ramai yang mempunyai keyakinan tinggi untuk menyarung Jumpsuit sebagai koleksi harian, apatah lagi menggayakan ia sebagai pakaian pejabat. Jumpsuit adalah sejenis potongan baju bersambung dengan seluar panjang labuh atau pendek paras lutut.

Pemakaiannya dikatakan lebih mudah dan tampak anggun untuk dipakai, selari dengan aliran fesyen masa kini. Boleh juga dipadankan dengan beberapa aksesori seperti rantai panjang. Namun kena bijak mengayakan agar gaya tampak menarik seperti wanita dewasa dan bukanlah fesyen kanak-kanak riang. Nah ini tip untuk anda yang teringin menggayakan Jumpsuit.

Sumber Foto: girlshijab.com

  • Pemilihan dari segi warna penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Sekiranya mahu tampil langsing dan nampak tinggi, pilih rona gelap. Rona sedemikian, mampu menutup kekurangan susuk tubuh anda.
  • Bagi yang bertubuh besar, pemilihan potongan kaki untuk jumpsuit juga penting. Jangan sesekali memilih bahagian bawah kaki jenis kecil. Ini kerana pinggul dan bahagian dada akan membawa bayangan besar kepada anda. Elok sekiranya memilih jumpsuit potongan kaki besar. Bagi membantu anda mendapat gaya menarik, ikuti panduan bagaimana memberi suntikan eksklusif dalam gaya jumpsuit.
  • Elak memilih saiz jumpsuit yang hanya muat pada saiz tubuh anda. Jumpsuit potongan longgar nampak lebih anggun dan tidak terlalu sendat untuk menampilkan gaya eksklusif. Lagipun, pergerakan lebih mudah, selesa dan tidak terhad jika memilih jumpsuit saiz besar dan lebar.

Sumber Foto: unsplash.com

  • Jika anda lebih gemar memilih warna lembut tetapi perlu bercorak mahupun berbunga kerana jika terlalu polos, susuk tubuh anda lebih menonjol. Ini menyebabkan, anda nampak besar daripada saiz asal. Elakkan memakai jumpsuit kosong dari warna terlampau terang seperti merah, hijau mahupun oren.

 

Sumber Foto: girlshijab.com

  • Untuk yang berhijab jangan silap menggayakan pakaian ini. Anda boleh sesuaikan gaya jumpsuit dengan memilih jaket atau kardigan untuk menutupi bahagian tidak berlengan.  Anda juga boleh memilih kardigan yang mempunyai potongan panjang yang menutupi sebahagian belakang tubuh, terutama punggung.

Sumber Foto: girlshijab.com

 

  • Jika anda tidak gemar memakai kardigan atau jaket, pilih jumpsuit berlengan panjang berpotongan lengan jenis beropol. Pakaian potongan ini lebih sopan dan ringkas jika tidak terlalu ketat.

 

 

 

Sumber: ohfesyen.com

Featured Image: youtube

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna