Hentikan ‘Trend’ Lemang Periuk Kera, Betul Ke Tumbuhan Eksotik Ini Dah Nak Pupus?

Lemang adalah antara juadah tradisional paling wajib bila tiba hari raya. Tidak hairanlah jika ia menjadi buruan kebanyakkan orang kita untuk dihidang semasa hari raya. Lemang yang dimasak didalam batang buluh bersama daun pisang dan santan dalam tempoh berjam-jam lamanya, akan menghasilkan rasa pulut yang berlemak, masin dan sedap.

Sumber: suaraperak

Apa yang menarik perhatian kami untuk bercerita tentang lemang apabila di media sosial sedang hangat membincangkan isu masak lemang menggunakan tumbuhan eksotik iaitu periuk kera. Lemang periuk kera ini dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan dihidangkan. Wah! Kreatif betul rakyat Malaysia ni.

Bagaimanapun di sebalik keunikan lemang periuk kera ini, ramai tidak tahu penuaian kelongsong periuk kera secara keterlaluan boleh membawa kepada kepupusan spesis tumbuhan ini sekaligus menimbulkan keresahan dalam kalangan pencinta alam. Nampaknya pemikiran kreatif rakyat Malaysia beri kesan buruk pada tumbuhan eksotik.

Sumber: says

Tidak cukup dengan itu, pengguna twitter yang menggunakan nama @ZoologiMy tampil menerangkan pada orang ramai tentang ekosistem periuk kera sebenar. Menurutnya, Tupai dan Kelawar menjadikan kelongsong periuk kera sebagai tandas mereka untuk membuang najis. Euw! Gelinya….

Tambahnya lagi, jika tumbuhan eksotik ini pupus. Dimana lagi Tupai dan Kelawar ingin membuang najis mereka kalau tidak merata-rata di hutan dan akhirnya mengakibatkan hutan atau sungai menjadi kotor dan tercemar dengan najis haiwan.

Jelas sekali, setiap tumbuhan dan spesis yang ada memberi manfaat kepada satu sama lain. Sebagai manusia yang diberikan akal yang sempurna, seharusnya membiarkan tumbuhan tersebut tumbuh tanpa diganggu.

Nampak tak kesan buruk jika kita ganggu tumbuhan hijau? Lepas ni, Donna harap kita semua kekalkan saja tradisi membuat lemang menggunakan buluh. Jangan terlalu ikutkan ‘trend’ sangat. Selamat menikmati juadah!

Sumber: SH

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna