Heliza Helmi Dapat Doa Dari Habib Ali Zaenal, Netizen Minta Doakan Sekali Emma Maembong

Jarang sekali dirinya terlibat dengan kontroversi hiburan tanah air, penyanyi dan pelakon Heliza Helmi ternyata pandai membawa dirinya. Walaupun kurang muncul dalam dunia seni, Heliza sering dilihat melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan seperti membantu rakyat-rakyat yang susah di negara Syria, Afrika, Indonesia dan banyak lagi.

Kesan dari penglibatannya itu, dia mempunyai ramai kenalan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan hebat-hebat belaka sehinggakan Ustaz Habib Ali Zaenal dan Ustaz Don mendoakan dirinya ketika ulang tahun hari jadinya yang ke-33.

(instagram Heliza Helmi private, hanya yang mengikutinya saja dapat menonton video di atas)

Berikutan itu, ramai peminatnya membanjiri ruangan komen dengan mengaminkan doa tersebut dan ada juga menyatakan perasaan cemburu mereka terhadap Heliza kerana dirinya didoakan oleh individu yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Cemburunya…

 

Doakan Emma Maembong sekali kak…

Namun, ada sesetengah netizen meluahkan keinginan mereka supaya Heliza mendoakan keputusan yang diambil  oleh Emma Maembong yang kini sedang hangat dibualkan kerana mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk kesemuanya. Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dari-Nya. Amin.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Heliza Helmi

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna