Hebat! Sugu Pavithra Berjaya Tarik Orang Jepun Cuba Masak Kari

Mungkin ada yang masih lagi termanggu bila sebut nama wanita, Sugu Pavithra. Pada yang masih belum  mengenali dirinya, Pavithra seorang wanita biasa yang berkongsi pelbagai tip dan resipi masakan dengan memuat naik video menerusi saluran Youtube.

Lebih menarik lagi, content tersebut dibantu oleh suaminya sendiri, M Sugu. Kini, hasil daripada usaha perkongsian mereka, pasangan ini telah mendapat perhatian rakyat Jepun untuk mencuba masakan Pavithra. Hebat bukan kuasa viral?

Sampai ke negara Jepun video mereka tular!

Kalau tak percaya, jom lihat video ringkas berikut tapi sebelum tu, jangan terkejut orang Jepun gigih buat serbuk kunyit sendiri semata-mata nak cuba masak masakan India.

Tahniah Sugu Pavithra… Berjaya tarik perhatian orang Jepun utk masak kari . Walupun tak ada rempah kari, namun usaha…

Posted by Niza Nasir on Sunday, May 10, 2020

Tak tahulah sentuhan masakan kari ayam dari air tangan pasangan Jepun ni sedap ke tak tapi bila lihat mereka makan memang nampak sedap dan tekstur kepekatan kari dah tepat.

Bagi yang baru belajar masak, content Pavithra ni memang sangat sesuai tapi kalau yang pandai masak pun boleh je cuba masakan Pavithra. Tak salah kita cuba cara masakan yang baru.

Okay la, nak cuba masakan Pavithra, bye!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tiada Perkakas Dapur Mahal, Pembersih & Ikhlas Jadi Modal Youtuber Terkenal

6 Tip Memasak Yang Berguna Untuk Bulan Puasa

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: fb

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna