Hebat! Mereka Ini Membuktikan Golongan Wanita Tidak Selemah Yang Disangka

Pada Februari tahun 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika  Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

Kemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Saat itu, Hari Wanita Sedunia menjadi milik semua para wanita.

Sumber: insta Hanis Zalikha

#BalanceforBetter adalah slogan yang digunakan bagi sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini. Hal ini kerana, golongan wanita akan mengimbangi bukan saja dari sudut permasalahan wanita tetapi aspek lain seperti pembangunan ekonomi, kesihatan, sukan dan juga kemasyarakatan.

Jadi, kali ini Donna akan tunjukkan kepada pembaca-pembaca Donna antara barisan wanita yang dapat memberi inspirasi kepada anda untuk terus berjuang dan tidak mudah berputus asa sebelum ajal menjemput. Lihat beberapa wanita hebat di bawah yang sempat Donna kongsikan bersama anda.

Kanser tahap 4 masih lagi berniaga…

Menurut sumber, wanita ini yang ingin dikenali sebagai Puan Idayu berstatus ibu tunggal sedang menghidapi penyakit kanser tahap 4 tetapi masih lagi kuat menjalankan perniagaan untuk menyara 3 orang anaknya.

Bawa jantung dalam beg

Menurut pengguna twitter yang berkongsi kisah Rebecca Henderson yang berusia 24 tahun ini, jantungnya di keluarkan dari badannya oleh kerana kanser. Dia juga pelajar salah sebuah universiti terkemuka iaitu Oxford dan telah mengharungi ujian ini selama 2 tahun!

Apa yang buat ramai kagum adalah, ketika dirinya diuji untuk menggalas jantungnya sendiri di dalam beg galas, dia tetap berusaha menghabiskan kertas kajiannya walaupun baru saja selesai menamatkan perbedahan yang pertama. Namun Rebecca dikatakan telah meninggal dunia pada 27 Februari 2019.

Beg jantung yang digalas Rebecca

 

Wanita pertama Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Akademi Laut Amerika Syarikat (USNA)

Univerisiti Pertahanan Malaysia (UPNM) mencipta sejarah apabila seorang pelajar, Janushaa Bala Krishnan Muthiah berjaya menjadi wanita pertama diterima masuk ke Akademi Tentera Laut Amerika di Annapolis Maryland.

Apa yang membanggakan lagi, menurut duta Amerika ke Malaysia sebanyak 157 buah negara di seluruh dunia memohon untuk masuk ke 4 Akedemi Ketenteraan di Amerika tapi hanya 15 pemohon sahaja yang diterima bagi setiap akademi. Salah satunya Janushaa.

Kumpulan Bola Jaring negara juara!

Bidang sukan selalunya dimonopoli oleh golongan lelaki dan mereka yang sering menjulang pingat emas selalunya golongan lelaki seperti Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang, Mohd Juwaidi Mazuki dan lain lagi. Tapi, kali ini sejak  tahun lepas pasukan bola jaring Malaysia telah membukti wanita juga mampu membangunkan generasi.

Buktinya, pada tahun ini sekali lagi mereka muncul meraih juara ketika perlawanan di Hong Kong pada 3 Mac yang lepas. Tahniah buat pasukan bola jaring Malaysia!

Lihatlah! Sambutan Hari Wanita Sedunia ini bukan untuk menindas kelebihan golongan lelaki tetapi untuk menjadi golongan wanita yang berdikari dan dapat membangunkan generasi. Wanita-wanita di luar sana, bangkitlah untuk menjadi wanita yang hebat!

 

 

 

 

Sumber: insta malaysiaonenews , twitter kamalazman , twitter ainulnunanaa , twitter myteamMAS

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna