Hati-Hati! Punca Peranakan Jatuh Akibat Aktiviti Seharian

Hebatnya seorang wanita adalah bila mereka mampu melakukan banyak kerja dalam masa yang sama. Mana kan tidak, kadang-kadang selesai sahaja memasak, yang mana ada anak, akan terus menjaga anak dan mengemas rumah. Bila suami bekerja, andalah yang berperanan untuk menguruskan segala hal di rumah, sampaikan tong gas pun kena angkat!

Hey women, dah tiba masanya anda berhenti angkat barang berat! Ramai wanita tidak tahu punca peranakan jatuh sebenarnya sering dikaitkan apabila para wanita tidak menititikberatkan tentang penjagaan rahim yang betul. Prolaps atau lebih difahami sebagi rahim jatuh boleh terjadi dalam tiga peringkat, nak tahu lebih lanjut jom lihat di bawah!

Image result for women carry heavy things

Sumber: babycenter

3 Peringkat Peranakan Jatuh

  • Kedudukan rahim jatuh daripada tempat biasa, kes seperti ini ramai wanita yang tidak perasan.
  • Rahim jatuh hingga ke permukaan faraj, pada tahap ni anda akan mengalami beberapa tanda awal dan kesan.
  • Rahim terkeluar daripada vagina atau lebih dikenali sebagai tombong.

Anda perlu tahu bahawa peringkat yang ketiga boleh menjadikan seseorang wanita tidak berasa selesa dan bahaya kerana rahim mempunyai kaitan dengan dengan organ lain seperti pundi kencing, rektum dan usus. Jika wujudnya tekanan pada rahim secara tidak langsung ia akan menarik kesemua organ yang terlibat seperti di atas.

Image result for peranakan jatuh

Sumber: theaseanparent

Punca Lain Yang Menyebabkan Rahim Jatuh

  • Usia semakin berusia, risiko peranakan jatuh akan meningkat
  • Bersalin terlalu kerap
  • Batuk yang teruk menyebabkan organ peranakan menurun
  • Sembelit menyebabkan wanita kerap meneran
  • Terlalu lasak, bersukan dan melalukan pergerakan yang aktif

Jadi lepas ni anda boleh mencegah pada tahap awal dengan mengurangkan angkat barang yang berat bagi mengelakkan ianya berlaku. Bagi anda yang mempunyai masalah tersebut, segera dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor. Semoga bermanfaat!

 

Keyword : DonnaXsangkar

 

 

 

Sumber: aseanparent 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna