Hati-Hati Dengan 8 Simptom Ketagihan Gula

Aku tak bolehlah kalau minum air masak sepanjang hari sebab kalau tak minum air bergula mesti rasa badan lemah..”

Mesti pernah dengar kawan-kawan, keluarga atau saudara memberitahu tentang pola pemakanan mereka kan? Sampaikan kita sendiri yang dengar rasa gerun sebab kandungan gula atau lemak yang mereka ambil terlalu banyak. Nak beri nasihat takut kita ni dilabel seperti doktor pakar tak bertauliah pula. Macam mana tu?

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, gula adalah karbohidrat ringan yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Malah, gula juga boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

via GIPHY

Secara keseluruhannya, kebanyakan makanan yang diambil dalam seharian kita akan mengandungi gula cuma yang membezakan adalah jumlah kandungannya. Tapi, anda juga perlu tahu bila badan anda diserang 8 simptom ketagihan gula. Bahaya tau kalau tak kawal, boleh menghidap penyakit kencing manis.

 8 simptom badan ketagihan gula

  1. Terasa ingin mengunyah makanan ringan sepanjang masa.
  2. Terlalu banyak minum jus dan makan buah.
  3. Terlalu sukakan kopi dan sentiasa inginkan minuman manis.
  4. Sentiasa dalam keadaan stres.
  5. Sentiasa inginkan minuman atau makanan manis selepas makan.
  6. Setiap pagi, petang dan malam sentiasa ingin makan makanan karbohidrat.
  7. Bila anda dalam keadaan lapar, seluruh badan dan otak tak aktif.
  8. Bila anda menjauhkan diri daripada gula, semakin tinggi keinginan untuk minum gula.

Sumber: unsplash

Bagaimanapun, pada tahun 2003, World Health Organization (WHO) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Maknanya, bagi orang dewasa purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari, bersama dengan 50 gram.

Cuba ingat semula, ada tak anda mengalami 8 simptom di atas ni? Kalau ada, cuba kawal dengan minum banyak air masak. Biar kandungan gula dalam badan seimbang.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Boleh Ke Simpan Ubat Dalam Peti Ais? ,

Pemakanan Dah Jaga Tapi Kenapa Berat Badan Tak Turun-Turun Ni?

 

 

 

Sumber: flatstomach

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna