Hasad Dengki Perasaan Yang Ada Dalam Diri Setiap Wanita & Susah Hilang?

Hasad adalah satu perasaan dengki, cemburu dan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan seseorang individu.”

Perasaan ini adalah musuh utama dalam masyarakat dan dianggap lebih buruk dari segala jenis penyakit hati. Menurut pendapat orang ramai dalam sebuah forum, golongan yang mempunyai naluri kewanitaan dikatakan merupakan individu yang mempunyai perasaan hasad yang tinggi berbanding jantina lelaki. Tipu kalau anda katakana anda langsung tidak pernah dengki, cemburu atau iri hati dengan sesiapa sahaj terutama rakan sejantina sendiri. Sekelumit pasti akan timbul.

Kenapakah hal ini berlaku? Dan yang menghairankan, kenapakah hal ini juga boleh berlaku dalam kalangan mereka yang bergelar seorang agamawan, golongan bijak pandai dan mereka yang sudah berjaya? Dari segi realitinya walaupun tidak semua memiliki perasaan hasad ini tetapi apabila melihat sesama kita maju pasti akan menimbulkan perasaan tidak senang hati dan cemburu.

Sumber Foto: torontorentals

Ramai yang suka mempertikai kelebihan orang lain untuk dijatuhkan daripada membincang kesusahan yang dikecapi sebelum berjaya. Maka apabila ada seseorang yang memiliki kelebihan atau kebaikan segala pergerakannya pasti akan diperhatikan. Bukan untuk dicontohi, tapi untuk dikeji. Pantang ada salah dan silap.

Mereka yang memiliki sifat hasad, peribadinya selalu gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh pihak lain. Jika perasaan itu dilayan, maka si pendengki akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai. Maka lahirlah angkara-angkara buruk terhadap individu yang menjadi mangsa dengki. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Diri yang dipenuhi hasad akan dipenuhi dengan pelbagai agenda untuk menjatuhkan orang, mengumpat, memfitnah, tuduh-munduh, maki-memaki, dan yang paling teruk sanggup menamatkan riwayat hidup seseorang ditangan sendiri. Pada hari ini terdapat banyak kes penyakit yang muncul tiada ubat untuk mengubati. Antarantya seperti perbuatan menghantar santau. Ada juga yang ingin memuaskan hati dengan cepat mempunyai keberanian membunuh individu yang tidak disukai.

Sumber Foto: pexels.com

Wanita yang menjadi sasaran orang bersifat hasad:

  • Wanita yang mempunyai rupa paras yang menarik dan cantik.
  • Wanita yang berjaya dalam perniagaan dan memperolehi pendapatan lumayan.
  • Wanita yang mempunyai keluarga bahagia. Memiliki suami yang baik dan anak-anak yang bijak.
  • Wanita yang disayangi ramai masyarakat seperti ahli politik atau pemimpin sesuatu organisasi.
  • Wanita yang berpangkat tinggi dan memiliki kepercayaan daripada pengurusan.

Yang pasti, individu yang diselaputi perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya. Oleh itu, hati-hati dalam memilih kawan atau mempercayai sesiapa sahaja dengan mudah.

 

 

 

 

 

Sumber: bharian cari

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna