Harus Bijak & Sabar, Bukan Mudah Untuk Menjadi Seorang Ibu

Duit boleh dicari, ilmu boleh digali tapi kesempatan untuk mengasihi orang tua takkan terulang kembali.”

Itulah bait puisi yang boleh menggambarkan betapa pentingnya ibu bapa dalam hidup kita. Kepada yang sudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu pasti mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Banyak cabarannya.

Namun, sudah menjadi fitrah alam apabila bergelar seorang ibu, secara automatik mereka harus melakukan peranan mereka seperti menjaga makan minum, mendidik, melindungi malah mencorak keperibadian anak mereka sejak dari kecil lagi.

Sumber: instagram ctdk

Tanggungjawab menjaga anak bukan hanya pada waktu mereka kecil sahaja malah, sehingga mereka meningkat dewasa, ibulah yang akan menjadi pembimbing dan rakan terdekat mereka. Tapi, setiap orang mempunyai cara mereka tersendiri dalam mencorakkan anak mereka.

Tiada istilah salah atau betul selagi tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Islam. Apa yang penting setiap ibu harus bersabar, bijak dalam mendidik anak serta mestilah berada dua langkah ke depan dari mereka. Persoalannya, bagaimana cara kita pula membentuk si manja supaya menjadi insan yang berguna di masa depan?

Untuk dengarkan perkongsian dari ibu-ibu yang lain, anda boleh dengarkan di Podcast Ais Kacang dalam segmen Melentur Buluh Biarlah Dari Q-Dees dalam episod 3 berjudul Ibu Ratu Hatiku.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna