Harga Sebentuk Cincin Pertunangan Alex Rodriguez & Jennifer Lopez Bernilai 1 Juta!

Menjalinkan hubungan dan hidup bersama dengan orang yang tersayang hingga ke hari tua adalah impian setiap wanita tetapi, apa yang dilalui oleh selebriti terkenal Jennifer Lynn Lopez atau lebih mesra dengan panggilan Jlo berbeza apabiladuji dengan pelbagai cabaran dalam perhubungannya sebelum ini.

Walaupun sudah berkali-kali mencuba untuk mencari pasangan hidup, ibu kepada 2 orang anak ini lagi sekali memasang impian untuk mendirikan perkahwinan dan kali ini bersama atlet lelaki Amerika iaitu Alex Rodriguez atau lebih mesra dengan panggilan Arod sejak dari tahun 2017 lagi dan pada Sabtu lepas, mereka sudah dah bertunang.

Pertunangan tersebut dimetrai apabila Arod menyarungkan sebentuk cincin berlian pada jari manis Jlo kemudian, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan tangan Jlo yang sudah disarungkan cincin.

Sumber: insta arod

Jlo pun tak lepaskan peluang kongsi detik manis!

Pada masa yang sama, Jlo juga berkongsi gambar yang sama menerusi akaun Instagram miliknya. Sejak dari semalam, posting tersebut telah mendapat hampir 5 juta likes! Penangan Jlo memang hebat!

Insta: insta jlo

Apabila gambar tersebut menjadi perhatian orang ramai, seorang Presiden WP Diamond dipanggil untuk memberi anggaran harga sebentuk cincin pasangan tersebut.

Katanya pada portal E!, “Dari mata kasar saya dapat lihat dari warna dan potongan batu Zamrud yang mempunyai lebih kurang 10 karat jadi, anggaran harga cincin tersebut tidak lari dari 7 angka”

Malah, pakar pereka fesyen dan gaya Lauren McCawley turut memberi komen yang sama tentang cincin pasangan tersebut. Dia mengatakan dengan adanya solitaire platinum pada cincin tersebut, harganya pasti bernilai 1 juta dolar”.

Apa pun, Donna harap hubungan Jlo kali ini kekal sehingga akhir hayat dan Donna sebagai peminat penyanyi hebat ini  tidak sabar untuk melihat kemeriahan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

 

 

 

 

Sumber: E!

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna