Harap Tidak Terlambat, Tapi Cuba Tengok Kalori Sebiji Kuih & Hidangan Raya Ni

Kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang…”

Alahai sedapnya makan kuih raya sambil dengar lagu raya tu kan. Selepas lebih setahun kita tidak dihidangkan dengan menu utama hari raya yang meriah seperti rendang, lemang, ketupat, kerepek dan bermacam aneka kuih, pasti ramai terlupa dengan kesan berat badan selepas berjaya membakar kalori dengan jumlah yang banyak pada bulan Ramadan lepas.

Nak dijadikan cerita lagi, ada yang menganggap bila menjelang Hari Raya, ia adalah masa untuk membalas dendam selepas sebulan menahan nafsu makan. “You can eat whatever you want,” katanya… Tapi, tahukah anda pengambilan menu Hari Raya yang berlebihan akan membuat berat badan anda kembali bertambah semula?Diharapkan kami tidak terlambat kongsi info ini. Hiks!

via GIPHY

Ha.. untuk membantu kita ‘beringat’ sebelum menikmati juadah Hari Raya adalah dengan mengetahui jumlah kalori makanan dalam sebiji kuih, kerepek dan menu Hari Raya yang lain. Kami juga turut lampirkan cara membakar kalori jika anda sudah ‘terlajak’ makan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat info berikut…

Almond London

Do you like kuih Almond London? Cause my mom said kita sedondon” adalah pick up line hari raya yang popular untuk memikat hati si dia. Tapi, lihat jumlah kalori yang ada pada sebiji kuih ni, 50 kalori!

Tart Nenas

“Tahu tak kenapa saya suka kuih tart? Sebab saya sayang awak ke-tart ke-tart” Chia..chia..chia. Cuma itulah, sayang ketat-ketat pun cuba lihat jumlah kalori kuih ni. Sama seperti kuih Almond London, 50 kalori!

Rendang Daging & Ayam

2 ketul ayam yang dimasak rendang saja sudah bersamaan dengan  100 kalori. Manakala, 2 ketul daging yang dimasak rendang pula berjumlah 130 kalori. Banyaknya!

Dodol

Menu yang hanya jumpa pada waktu raya saja. Tak hairanlah kalau ada yang ‘lupa diri’ bila jumpa menu ni. Sebelum ‘lupa diri’ tu, lihat jumlah kalori Dodol sepotong ni, mesti anda fikir dua tiga kali nak makan.

Kerepek Pisang

Kerepek adalah juadah ringan yang menjadi perhatian ramai bila sedang bersembang panjang. Lagi-lagi kalau  kerepek tu bila mengunyah bunyi “kruk krak kruk krak” fuuhh! Feeling teruk!

Lemang sepotong

Lemang adalah hidangan utama bila pergi beraya rumah orang. Memang tak boleh lari. Jadi, nak tak nak memang kena makan. Rendang saja, sudah 100 kalori, belum lagi kalau dimakan bersama rendang. Bertambah-tambahlah jumlah kalori.

 

Janganlah rasa bersalah ye kalau dah terlepas makan semua menu raya ni. Apa lagi, jom lah mula berjoging ke, mengayuh basikal ke..hiks!

 

 

 

Sumber: tweet infokurus2u

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna