Hapuskan Stigma ‘Lelaki Kebal’ Tidak Boleh Hidap Kanser Payudara

Bercakap sahaja tentang penyakit kanser payudara pasti ramai yang terdetik hanya kaum wanita sahaja yang akan mengalaminya. Tapi untuk pengetahuan semua, sebenarnya penyakit ini juga menyerang golongan lelaki malah komplikasi yang bakal dialami oleh pesakit adalah lebih teruk kerana sel kanser yang terdapat dalam tubuh badan mereka lebih agresif. Pada zaman sekarang mungkin ramai yang terlepas pandang tentang kesedaran masyarakat mengenai penyakit kanser payudara boleh terkena pada lelaki.

Menurut Pakar Bedah Am Kedah Medical Centre (KMC), Dr Khairun Nizam Mobin, punca sel kanser payudara lebih agresif kepada lelaki tidak dapat dipastikan, cuma kita dapati selepas menjalani rawatan, ubat diberikan kepada pesakit lelaki kurang memberi tindak balas. Ditanya mengenai bagaimana kanser payudara boleh menyerang lelaki, Khairun Nizam berkata, kebiasaannya ia bersifat ‘sporadik’ atau berlaku dengan sendirinya tanpa sebarang punca khusus.

“Tapi kita tidak menolak kemungkinan puncanya lebih kurang sama seperti pesakit wanita iaitu mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara atau faktor genetik,” katanya.

Image result for kanser payudara lelaki

Untuk pengetahuan anda secara purata hanya satu peratus sahaja golongan lelaki di dunia termasuk di negara ini yang menghidap penyakit kanser payudara. Tapi perlu diingkatkan walaupun ia jarang berlaku namun ia tetap wujud. Bukan hanya wanita, lelaki juga turut digalakkan untuk membuat pemeriksaan harian di bahagian dada bagi melihat kewujudan sebarang perubahan negatif di kawasan tersebut.

Image result for kanser payudara lelaki

Sumber : freemalaysia 

Jika terdapat ketulan, bengkak atau perubahan pada puting, dinasihatkan agar segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Ini kerana lelaki juga boleh menjalani mammogram screening untuk mengesan kanser pada peringkat awal. Kebiasaaanya bagi lelaki yang ada kanser payudara ketulan di bahagian adalah tanda awal anda sedang menghidapi penyakit tersebut. Sebab itu penting anda dan pasangan untuk  membuat pemeriksaan sendiri selepas mandi atau bila-bila masa jika anda merasai ada perubahan di bahagian dada.

Donna harap artikel ini dapat membuka mata masyarakat terutamanya golongan lelaki agar lebih berhati-berhati dengan kesihatan mereka tanpa mengambil mudah dengan apa yang terjadi pada keseluruhan tubuh badan.

 

 

Untuk info yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Hilang Dara Ketika Berusia 15 Tahun, Wanita Ini Ketagihan Hubungan Intim Setiap Hari

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber :Dr Kairun Nizamhmetro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna