Hanya Rm20 Untuk Hasilkan Tauhu Begedil Daging Tahap Kenyang Tersandar

Asalnya resepi tauhu begedil ini dikatakan adalah gabungan masakan Cina dan Jawa yang diinovasikan daripada begedil daging dan juga juadah seakan dimsum.”

Begedil yang dihasilkan akan disumbat ke dalam tauhu kering dan dicicah dengan kuah atau sos khas. Hidangan ini sangat enak untuk dijadikan sebagai pembuka selera atau minum petang.

Sumber Foto: buatoranglapo.com

Tauhu begedil telah menjadi resepi viral dan telah dikongsi oleh ramai netizen. Ia juga menjadi perniagaan sampingan setengah wanita. Untuk kepuasan dan makan dengan kenyang, apa kata hasilkan sendiri Tauhu Begedil Daging ini dengan modal serendah RM20 sahaja.

Sumber Foto: jalanjalancarimakan

Bahan-bahan:

  • 1 Hingga 2 set tauhu kering
  • 2 Biji ubi kentang
  • Daun kucai, dihiris halus
  • Daun selasih, dihiris halus
  • 3 bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 cili merah, dipotong dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih yang ditumbuk
  • Daging kisar
  • 2 Biji telur ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam

Cara-Cara

Sumber Foto: missviraltv.com

  1. Potong kentang dan rebus hingga lembut. Daging boleh kisar kasar bersama air suam. Untuk mudahkan anda, beli sahaja daging kisar yang dijual banyak dipasaran.
  2. Lenyek kentang hingga hancur bersama daun kucai, daun selasih, bawang kecil, bawang putih dan cili merah.
  3. Kemudian masukkan daging kisar, sebiji telur ayam, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika tidak suka daging anda boleh gantikan dengan isi ayam.
  4. Tauhu kering dibelah di bahagian atas untuk masukkan inti kentang yang telah dilenyek tadi. Padatkan ke dalam tauhu.
  5. Seterusnya, panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  6. Golekkan tauhu yang disumbat inti ke dalam sebiji telur yang telah dipukul.
  7. Bila minyak panas, halakan bahagian yang dimasukkan inti ke bawah dahulu.
  8. Bila telah garing, terbalikkan. Masak sampai garing kedua-dua belah tauhu.
  9. Angkat dan boleh dihidangkan bersama sambal kicap pedas.

Bahan Sambal Kicap Pedas:

Sumber Foto: gaming.com kenphen.info

  • Cili padi (ikut tahap kepedasan individu gemari)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu air limau nipis/cuka
  • Gula, secukup rasa
  • Kicap lemak manis
  • Bijan digoreng

Cara- Cara:

  1. Untuk membuat sambal kicap pedas, tumbuk halus cili padi dan bawang putih. Kemudian masukkan gula, air limau dan kicap lemak manis. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Untuk tahan lama anda boleh masak sambal kicap atas api kecil. (Masuk sedikit minyak untuk tumis semua bahan di atas.
  3. Akhir sekali masukkan bijan. Jika tidak suka tidak perlu masukkan.

Untuk tauhu begedil, jika anda tidak suka disajikan bersama sos kuah kicap, anda boleh gantikan dengan kuah kacang atau sos cili. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Sumber: FB Nordiana Mohd Nordin

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna