Hanya Menggunakan Kulilt Popiah, Anda Boleh Buat 3 Jenis Kuih Raya!

Lebih kurang seminggu saja lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Seperti biasa, kaum wanita, mesti dah mula merancang persiapan untuk hari raya nanti. Ada lagi tu sampai 2 bulan sebelum raya sudah tempah baju dan langsir baru.

Mungkin sekarang ni mesti ada di antara kaum wanita sedang menguli doh kuih semprit di dapur. Tapi, tak semua perempuan ada masa nak buat kuih sendiri, kadang tu malam raya baru nak pergi beli kuih. Orang kata, kuih ‘tunjuk’!

Raya kali ini Donna ada 3 menu kuih raya yang mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan kulit popiah. Mesti korang fikir kuih raya popiah nestum atau popiah simpulkan? Bukan! Ha.. Jom baca resipi ni.

Pistachio Baklava

Bahan-bahan:

  1. Kulit popiah
  2. Kacang Pistachio yang sudah dihancur.
  3. Sebiji telur yang sudah dipukul

Cara penyediaan:

  1. Bentangkan kulit popiah, sapukan telur di seluruh permukaan kulit popiah.
  2. Taburkan kacang pistachio yang sudah dihancur mengikut citarasa anda.
  3. Gulungkannya dan bakar dalam ketuhar.
  4. Potong dan masukkan dalam balang untuk stok hari raya!

Sumber: says

Popiah Salted Egg

Bahan-bahan:

  1. Kulit popia.
  2. Serbuk salted egg.
  3. Daun kari.

Sumber: corousell

Cara penyediaan:

  1. Bentukkan popia ikut citarasa sendiri sama ada gunting petak, buat bentuk reben atau gulung.
  2. Keringkan kulit popia sebentar untuk kesan yang lebih rangup.
  3. Masak kulit popia dan daun kari sehingga keperangan. Toskan supaya minyak jatuh sepenuhnya.
  4. Masukkan serbuk salteg egg dan daun kari.
  5. Gaul bersama kulit popia tadi sehingga harmoni.
  6. Simpan dalam balang sehingga menjelang pagi raya!

Popiah pisang coklat

Bahan-bahan:

  1. Kulit Popiah
  2. Pisang
  3. Coklat (apa-apa jenis boleh, nutella pun boleh)

Cara penyediaan:

  1. Potong pisang mengikut saiz untuk digulung dengan kulit popia.
  2. Buat dua lapisan kulit popia, letakkan pisang dan coklat dan gulung popia.
  3. Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan

Mudah sajakan? Bahan-bahan penyediaan pun mudah nak dapat dekat mana-mana pasaraya. Okaylah, Donna nak sambung buat kuih popiah salted egg! 

 

 

 

Sumber: makanlenasays

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna