Hanya Menggunakan Gambar Di Telefon Pintar, Anda Boleh Deko Dinding Rumah

Kalau buka aplikasi Photos atau Gallery telefon pintar anda pasti beribu gambar yang disimpan. Sudah semestinya semua gambar tu merakam memori yang terindah dan teristimewa tapi, apa guna gambar yang penuh dengan 1001 memori tu diperap buat pekasam?

Bila waktu terluang, pilih gambar yang cantik dan mengingatkan anda dengan satu kisah yang seronok. Kalau ada anak, pilih gambar mereka yang penuh dengan penceritaan dan kenangan. Contohnya, tengoklah penyanyi Tomok menjadikan gambar telatah dua puteranya hiasan lukisan dinding.

Sumber: igtomok

Menurut pakar jurugambar Los Angeles yang bekerja dengan syarikat Nike, Max Wanger mengatakan jika anda mempercayai pandangan mata anda, gambar yang diambil pasti akan kelihatan cantik dan menarik.

Maknanya, tak perlu pun gambar atau lukisan daripada hasil tangan orang lain, hasil dari kita sendiri pun okay selagi gambar yang diambil bukan berunsurkan pornografi.Opps!

Konsep Triptych

Untuk menampakkan hiasan dinding lebih menarik lagi, pecahkan 1 gambar kepada beberapa bahagian dan ini adalah dipanggil konsep triptych. Pastikan gambar yang dipecahkan kepada 3 bahagian ni disusun dengan jarak yang lebih kurang asalkan subjek gambar tak lari.

Syarat utama, gambar yang dipilih mestilah ditangkap dalam keadaan melintang. Kalau keadaan gambar menegak, tak boleh gunakan konsep ini.

Sumber: naturecuriosities

Abadikan gambar

Kalau gambar yang ingin dibingkai menjadi hiasan dinding rumah dalam keadaan menegak, anda boleh susun dalam keadaan rajah dibawah. Sangat sesuai jika anda ambil satu momen yang paling menarik untuk dijadikan bahan tatapan tetamu atau anda sendiri.

Jika anda berkeluarga, pilih setiap ahli keluarga satu gambar untuk dibingkaikan dan semuanya seragam.

Sumber: kristenfrancis

Tip: Sebelum membingkaikan gambar, anda boleh edit terlebih dahulu gambar tersebut untuk menampakkan lebih cantik. Contohnya, hiasan dinding anda ingin menampakkan elemen klasik jadi gambar yang disunting pun haruslah mengeluarkan aura klasik.

Trick ini sangat sesuai jika anda mempunyai skill editing gambar yang hebat! Jika sebaliknya, anda kena yakin gambar yang anda pilih mempunyai ceritanya sendiri. Kesimpulannya, anda tak perlu pun melabur hiasan dinding sehingga ratusan atau ribuan ringgit pun.

Hanya menggunakan skrin telefon yang kecil untuk jadikan hiasan dinding. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Sumber: freestockphotomarthastewart

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna