Hanya Di Busan, Dekat Malaysia Takkan Dapat Jumpa 100 Jenis Fish Cake

Fish ball (bebola ikan), fish cake (kek ikan) adalah makanan kegemaran kebanyakan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi bila digoreng begitu saja, fuh! Kita ni pun sekali join makan sekali tapi sayangnya dekat Malaysia ni ada satu atau dua jenis fish cake je, tak banyak jenis pun.

Ha, jangan kerut muka pelik sebab kami kata fish cake ni ada banyak jenis. Kalau anda semua nak tahu, dekat Busan, Korea anda akan dapat lihat hampir ratusan jenis fish cake dengan pelbagai bentuk dan rasa. Di sana mereka tak panggil fish cake, mereka panggil Eomuk.

Malah mereka mempunyai syarikat pengeluar fish cake terbesar yang memasarkan ke seluruh negara iaitu Goraesa Eomuk. Ha, kalau dah alang-alang dekat Busan, singgah la dekat Heundae kalau nak merasa pelbagai jenis fish cake yang kami mention pada awal tadi.

Bawah ni kami sajikan beberapa gambar Eomuk yang sempat kami ambil gambar bila ke sana. Semua sedap-sedap!

Banyak bukan? Semasa kami di sana, memang rambang mata tak tahu nak pilih fish cake yang mana satu untuk dirasa. Yang pasti bila kami rasa separuh daripada jenis fish cake dekat sana semua sedap-sedap! Paling best anda berpeluang untuk buat fish cake sendiri.

Sebelum tu, kami nak beritahu berita baik buat penggemar cheese, tengoklah tekstur dalam salah satu fish cake yang kami makan ni, dalam tu ada cheese yang cair dalam mulut. Masa kunyah tu, memang feeeling habis!

Sampai sekarang ni masih terliur bila teringat semula fish cake yang ada di sana tau!

 

 

 

Untuk bacaan yang menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

 Asyik Korea Je, Ini Senarai Makanan Jepun Yang Popular Dekat Malaysia!

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna