Guna Bahan Di Dapur Je Untuk Kekal Cantik

Untuk menghilangkan jerawat,  campurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membuat pes. Sapukan pada kulit yang terjejas selama satu hingga dua minit sahaja sebelum dibilas dengan air.”

Soda penaik (Baking Powder) adalah bahan wajib ada jika nak masak kek atau kuih. Ia adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid, alkali dan tepung. Bila diaduk dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu. Bukan saja berguna untuk masakan malahan murah dan berfungsi untuk pelbagai guna dari kepala hingga kaki. Bahan alkali yang terkandung mempunyai ciri antibakteria, antikulat, antiseptik dan antiradang. Ia juga bahan perubatan yang kuat dan berkesan untuk melawan isu kesihatan yang biasa daripada selesema hingga masalah oral dan kulit. Nah ini 1001 rahsia kecantikan hanya dengan penggunaan soda penaik yang anda mesti cuba!

Sumber Foto: Google Image

 

Menghilangkan Kelemumur & Elak Rambut Bercabang

Soda penaik boleh membantu menghilangkan dan membersihkan kelemumur yang mengganggu kulit kepala dan rambut. Gosokkan satu sudu soda penaik pada rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika, kemudian bilas bersih dengan air. Lakukan ini seminggu sekali sahaja. Untuk mengelakkan hujung rambut bercabang pula, pupurkan pes soda penaik di hujung-hujung pangkal rambut, dan biarkan seketika. Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk mengekalkan kulit kepala bebas daripada kelemumur.

 

Menghilangkan Blackhead

Sumber Foto: Google Image

Masalah bintik hitam di hidung mencacatkan sedikit rupa paras anda. Tidak perlu menggunakan produk yang mahal untuk menghilangkannya, hanya gunakan sapuan soda penaik sahaja. Campur sedikit soda penaik dengan air. Buat sapuan kemas di hidung, sebelum ia kering gunakan berus gigi lama dan gosok atas hidung dengan lembut. Kemudia bilas dengan air. Anda akan terus nampak perbezaan dengan segera.

Menghapus Jerawat

Untuk menghilangkan jerawat, soda penaik mampu membantu. Di samping itu, ia membantu mengimbangi pH kulit yang membantu mengurangkan masalah kulit. Caranya, campurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membuat pes. Sapukan pada kulit yang terjejas selama satu hingga dua minit sahaja sebelum dibilas dengan air. Jangan sesekali dibiarkan terlalu lama kerana sifat asid yang turut terkandung dalamnya.

Meredakan Sunburn

Soda penaik membantu melegakan gatal dan meredakan kesan kulit terbakar akibat matahari. Ia juga membantu mengeringkan lepuh selaran matahari dengan cepat. Campurkan satu hingga dua sudu soda penaik dalam secawan air sejuk. Rendam tuala kecil yang bersih dalam larutan ini, perah tuala dan tekapkan pada kawasan terjejas selama lima hingga 10 minit.

 

Kulit Lebih Cerah & Putih

Sumber Foto: Google Image

Soda penaik membantu menghilangkan sel mati, menyeimbangkan paras pH kulit yang sangat penting untuk menjaga kulit sekata dan bersih. Kulit anda juga turut kelihatan lebih putih selepas menggunakannya. Campur satu hingga dua sudu teh soda penaik dengan air sebelum dioles pada wajah. Biarkan seminit dan gosok perlahan dengan hujung jari. Cuci dengan air suam.

Memutihkan Gigi Kuning & Masalah Mulut Berbau

Soda penaik membantu mengeluarkan karang gigi dengan meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria. Gigi anda akan lebih putih dan bersinar dari kebiasaanya. Malah masalah bau mulut juga berkurangan. Anda boleh meletakkan sedikit soda penaik pada berus gigi bersama ubat gigi biasa anda. Berus gigi seperti biasa selama dua minit. Elakkan daripada menggunakan soda penaik berlebihan kerana ia boleh mengikis enamel gigi semula jadi anda.

 

Melegakan Kegatalan Gigitan Serangga

via GIPHY

Jika tubuh badan anda berbintat dek kerana digigit serangga (tidak bahaya), boleh cuba untuk kurangkan kemerahan dengan menggunakan soda penaik sahaja. Namun, jika kesan gigitan seranggan makin terasa gatal, berhenti dari menggunakannya. Dapatkan rawatan susulan.

Deadorant Penghapus Bau Badan

Bau badan mengganggu rutin harian dan aktiviti sosial anda. Lagi-lagi ketika ‘datang bulan’. Puas golek deodorant di ketiak, bau hangit tetap muncul. Jangan risau, anda boleh cuba guna alternatif ini. Perah sedikit lemon bersama soda penaik, dan oleskan di bawah lengan secara menipis dan rata. Percayalah bau badan akan hilang!

 

Lembut & Haluskan Tumit Rekah

Sumber Foto: Google Image

Tumit merekah dan kasar adalah perkara biasa bagi wanita. Kerja rumah atau perlu berdiri lama antara faktor dan penyumbang masalah ini. Jika tidak berkesempatan untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan, lakukan sendiri di rumah untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Tadah sebesen air suam, dan campur bersama soda penaik. Kemudian rendam kaki anda 15-20 minit. Sebelum bilas dengan air bersih gunakan berus gigi lama untuk mengikis kulit mati di tumit atau tapak kaki.

 

Sumber: Cosmopolitan

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna